12 April 2024

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024


تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
*Taqobbalallahu minna wa minkum.*

Semoga Allah SWT menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapat keampunanNya.
Aamiiiin Yaa Rabbal 'Aalamiiiin
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin


Merakam gambar setakat sebelum cuti untuk tayangan video Hari Raya peingkat sekolah. Maka buat rakaman gambar juga untuk kad raya digital kami suasana di bilik kaunseling dari saya Cikgu Nurhaiza, Cikgu Loh, Cikgu Faiza. Yg sorang lagi bertudung hitam adalah guru praktikal BI 
yg ditempatkan di bilik kaunseling kami. 

7 April 2024

Aktiviti Kelab Kerjaya 2024/2025

Aktiviti Kelab Kerjaya 2024/2025


Settle mesy agung kelab kerjaya. Saya kongsikan antara aktiviti kelab kerjaya yang kami akan jalankan sepanjang sesi persekolahan 2024/2025 ini. 

Dengan 75 orang ahli kelab tahun ini dengan pencapaian sebagai Kelab Cemerlang Tahun 2023  memang menuntut pencapaian ini dikekalkan.

Saya share carta organisasi. Tahniah buat yg terpilih sbg AJK


3 April

Menjalankan aktiviti Minit Mesyuarat Agong Kelab Kerjaya

AGM Kelab Kerjaya Perjumpaan Pertama

18 April

Menjalankan aktiviti kenali potensi diri dengan psikometrik

Ceramah Psikometrik: Kelab Kerjaya Perjumpaan Kedua

13 Jun

Menjalankan aktiviti poster inspirasi kerjaya saya

Kelab Kerjaya Perjumpaan Ke 3: Poster Inspirasi

27 Jun

Menjalankan aktiviti inovasi permainan kerjaya Project Based Learning

Kelab Kerjaya Perjumpaan Ke 4: PBL Permainan Kerjaya

1 Ogos

Ceramah Kerjaya Dalam Bidang Ekonomi Dan Perniagaan 

Perjumpaan Kelab Kerjaya Kali Ke 5: Career To Know

15 Ogos

Menjalankan aktiviti gallery walk perkongsian inspirasi tokoh kerjaya yang dikagumi

Kelab Kerjaya Perjumpaan Ke 6: Inspirasi Kerjaya

29 Ogos

Menjalankan aktiviti team building bertemakan kerjaya ahli sukan 

Kelab Kerjaya Perjumpaan Ke 7: Team Building Bertema Kerjaya

5 Sept

Menjalankan ceramah menulis resume dan membuat video untuk temuduga 

Kelab Kerjaya Perjumpaan Ke 8: Resume

12 Sept

Menjalankan aktiviti Model Kerjaya dalam kumpulan dan pembentangan

Kelab Kerjaya Perjumpaan Ke 9: Model Kerjaya

26 sept

Menjalankan aktiviti Young Motivator dengan bertema Kesihatan Mental Yang Sihat Tunggak Kecemerlangan Kerjaya

Kelab Kerjaya Perjumpaan Ke 10: Young Motivator

3 Okt

Menjalankan aktiviti Siapakah Saya dengan memberikan isyarat dan ahli kumpulan lain perlu meneka kerjaya apakah yang dilakonkan.

Kelab Kerjaya Perjumpaan Ke 11: Teka Kerjaya

10 Okt

Menjalankan penilaian PAJSK dan murid -murid dihargai dengan penyampaian hadiah dan jamuan

Kelab Kerjaya Perjumpaan Ke 12: Aprisiasi Kelab





22 Ramadhan
Ya Allah ! Bukakanlah untukku padanya hari ini pintu pintu kurniaanMu , dan turunkanlah ntukku segala keberkatanMu  serta pimpinlah aku kepada faktor keredhaanMu , dan tempatkan aku  di dalam syurgaMu yang luas, Wahai Penyahut doa orang yang ditimpa kesusahan

6 April 2024

One Page Project Manager OPPM Unit Kaunseling

One Page Project Manager OPPM Unit Kaunseling




Saya kongsikan antara isu dalam minit mesyuarat pertama UBK mengenai kehadiran yang merupakan kunci utama perancangan strategik sekolah dan kerjasama yang saya perlukan dalam team UBK yang terdiri dari guru APDM, penyelaras tingkatan , dan guru disiplin

Susunan error sikit bila copy dari words masuk setting blog ni.

Saya share OPPM untuik memudahkan progress dilihat

4.3       PERANCANGAN STRATEGIK UBK

1.         Puan Nurhaiza memaklumkan mengenai fokus untuk sesi 2024/2025 ialah menangani isu kehadiran murid ke sekolah dengan lebih cepat dan teratur. KPI kehadiran adalah 89% bagi sesi 2024/2025.

 

2.         Program Menangani Kehadiran meliputi 3 kategori iaitu program rimbunan kasih untuk kategori peratus kehadiran 90% ke atas, kategori ikatan kasih untuk 80%-89% manakala untuk kategori sentuhan kasih untuk peratus kehadiran di bawah 80%.

 

 

  Cadangan aktiviti di bawah rimbunan kasih ialah murid berpeluang ke lawatan anjuran sekolah bagi tingkatan 5 dipercepatkan ke Nov 2024 manakala poster ucapan tahniah disediakan oleh UBK untuk disebarkan dalam kumpulan rasmi telegram sekolah dan LED sekolah di tapak perhimpunan.

 

2.              Cadangan aktiviti di bawah sentuhan kasih ialah mnegenal pasti murid berisiko cicir melalui google form pengesanan, menjalankan sesi konsultansi Ibu Bapa & Ziarah Cakna,  Analisis Kehadiran bulanan kelas menggunakan analisa kad CARE kelas , Penggunaan Kad CARE indvidu untuk murid ponteng tegar dan penyampaian Insentif Peningkatan Peratus Kehadiran Ke Sekolah.

 

3.              Buku kawalan kelas akan diperiksa setiap hari Jumaat untuk mengenal pasti pattern kehadiran murid yang berterusan tidak hadir ke sekolah untuk dicatat di kad CARE kelas

 

4.              Cadangan aktiviti untuk program ikatan kasih adalah graf prestasi kehadiran agar lebih jelas murid-murid nampak penurunan dan peningkatan tetapi masih dalam 80-89% . Murid diingatkan agar jangan turun dari 80% dan diberi motivasi bagi kelas-kelas berpotensi untuk meningkat melebihi 90%.

 

5.              Puan Nurhaiza memaklumkan peratus kehadiran kelas diterima setiap minggu dari En Nik selaku guru APDM yang telah melabel warna kuning untuk peratus kehadiran antara 80 hingga 94% , warna hijau untuk 95% kehadiran mingguan dan merah untuk kelas yang tidak mencapai 80% kehadiran ke sekolah bagi minggu tersebut.

 

6.              Mencadangkan untuk mewujudkan piala pusingan untuk kehadiran bagi kelas menengah atas dan menengah rendah

 

Tindakan : Pn Nurhaiza

 

4.3                 MURID BERISIKO CICIR

 

1.     Murid –murid yang mendaftar masuk bukan pada hari pertama atau kedua hari persekolahan sesi 2024/25, perlu berjumpa guru kaunseling  terlebih dahulu selepas didaftarkan oleh penyelaras tingkatan. Seramai 4 murid telah dikenal pasti perlu dalam pemerhatian guru kaunseling.

Tindakan: Makluman

2.     Mewujudkan kad CARE untuk mengenal pasti dengan lebih cepat murid yang berisiko cicir.

Tindakan: Pn Nurhaiza

 

Selamat bercuti Hari Raya Aidilfitri


4 April 2024

Kaunseling berfokus : Murid Asrama

Kaunseling berfokus : Murid Asrama


Tahun ni UBK memasukkan semua murid yg tinggal di asrama tak kiralah asrama AKSB atau asrama Felda ke dalam fokus kaunseling kelompok. Yg ting 5 under saya, ting 4 under Cikgu Loh dan ting 3 under Cikgu Faizah 
So hari ini adalah perjumpaan pertama kami dalam kaunseling kelompok. Buat profiling, ambil gamvar setiap murid utk rekod profile mereka, dan melengkaokan data profiling dgn info IMK, iKP, Gaya Belajar Dan Penetapan Target  

Saya ajar bagaimana untuk target guna mata merit UPU

Alhir sekali slot motivasi pengetua dan penyampaian duit raya kepada semua murid asrama  


Ya Allah Jadikanlah aku padanya  (hari ini) sbg seorang yang mencintai para wali-Mu dan memusuhi musuh musuh MU serta jadikanlah aku seorangyang mengikut sunnah penutup para nabimu (Muhammad s.a.w) wahai penjaga hati para nabi

 

Telegram Channel