15 March 2024

Kertas Kerja Kempen Kesedaran Kesihatan Mental Dan Kesejahteraan Emosi Murid

Kertas Kerja Kempen Kesedaran Kesihatan Mental Dan Kesejahteraan Emosi Murid

Hari Rabu

Hari Jumaat


 

1.0     Pengenalan

Kempen Kesedaran Kesihatan Mental Dan Kesejahteraan Emosi Murid  merupakan projek yang melibatkan intervensi unit bimbingan dan kaunseling. Bertemakan “Minda Sihat Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera” bagi memberi pengetahuan dan kesedaran kepada murid tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental dan kesejahteraan emosi selain untuk membugarkan kembali emosi positif apabila murid kembali ke sekolah. Kempen ini juga meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesihatan mental Unit Bimbingan Kaunseling sebagai unit yang menjaga psikososial dan kesejahteraan minda murid juga perlu aktif menjalankan intervensi kepada semua murid dalam aspek pencegahan dan pendidikan psikososial kepada murid. Aktiviti ini berguna untuk membantu murid mengenal pasti simptom yang ada pada diri sendiri atau kawan-kawan yang mengalami masalah mental dan emosi yang terjejas. Seterusnya membantu mereka menangani kesihatan mental dan mengekalkan kesejahteraan minda dan emosi. Seterusnya program berbentuk pertandingan poster, kuiz dan video juga dirangka untuk melibatkan penyertaan murid agar bahan -bahan yang dihasilkan dalam pertandingan dapat digunakan untuk intervensi rakan bantu rakan. Semoga aktiviti yang disusun dapat menangani kesihatan mental dan mengekalkan kesejahteraan minda dan emosi.

 

2.0     Matlamat

 

Memberi pengetahuan dan kesedaran kepada murid tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental dan kesejahteraan emosi selain untuk membugarkan kembali emosi positif apabila murid kembali ke sekolah

          

3.0     Tarikh/ Masa/ Tempat  :

 

                                                                           

                          11-22 Mac : Aktiviti Kempen Kesedaran

                             25 -29 Mac: Pameran

                            

     

4.0       Sasaran

 

            Semua murid SMK Seri Bintang Selatan

      

5.0       Objektif

 

1)    Murid - murid dapat menangani masalah kesihatan mental dan mengamalkan intervensi yang dibimbing, sebagai panduan  yang boleh mensejahterakan mental dan emosi masing – masing.

2)    Aktiviti memugarkan emosi dapat dijalankan bagi menyokong kesejahteraan diri masing -  masing

 


6.0       KPI

 

Output

Warga sekolah dapat mengenal pasti tanda -tanda seseorang menghadapi tekanan dan belajar cara menghadapi tekanan tersebut.

Outcome

Warga sekolah dapat mengamalkan panduan yang diberikan oleh guru kaunseling dan dapat membantu orang lain pula dalam kesejahteraan mental dan emosi.

 

7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN

 

  

8.0     AHLI JAWATANKUASA 

Pengerusi                  :  Puan Norlela Binti A Wahid

Timbalan Pengerusi  :  Puan Sabidara Binti Mahmud (PK HEM)

Naib Pengerusi    1   :  Puan Hamimah Bt Shamsuddin (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi     2   : Encik Zam Zam Bin Abdul Aziz (PK Kokurikulum)

Penyelaras                :  Puan Nurhaiza Binti Che Mat


Jawatankuasa Kerja  

 

AJK Kempen Melalui Video PRS

 

Puan Nurhaiza Bt Che Mat

 Membimbing murid -murid PRS Ting 1 dan 4 menyediakan 5 video pendek mengenai punca gangguan emosi dan cara menanganinya

AJK Poster

Puan Loh Chin Ying

Menganjurkan pertandingan poster pemugaran emosi Minda Sihat dan mempamerkan semua poster tersebut

AJK Pameran

Puan Norfaizah Binti Mohamad

Menyediakan bahan pameran Minda Sihat oleh PRS Ting 2

 


9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

           

9.1       URUS SETIA

           

            Unit Bimbingan Dan Kaunseling

 


9.2     TENTATIF PROGRAM

Pemugaran Emosi

 

Aktiviti

 

Tarikh

Bicara Guru Kaunseling : Berbudi Bahasa

 

12 Mac 2024: 7.40 – 7.45 pagi

Aktiviti Mentor Mantee: Sayangi Diri Luahkan Emosi

 

13 Mac 2024 :12.40 t/h – 1.20 t/h

Slot Kempen Kesedaran Kesihatan Mental Dan Kesejahteraan Emosi Murid Anjuran PRS

15 Mac 2024 : 7.45 pagi – 8.20 pagi

Promosi Poster Digital Pemugaran Emosi Di Skrin LED Perhimpunan

 

18 – 20 Mac 2024 : 7.00 pagi – 7.20 pagi

Pameran Lukisan Poster Kesihatan Mental Dan Bahan -Bahan Aktiviti Empower Rakan Untuk Pemugaran Emosi Di Laman Bestari

24 -28 Mac 2024 : 10.10 pagi – 1.30 t/hari

 

 

 

10.0     PENGURUSAN RISIKO

 

Risiko

Punca

Penyelesaian

 

Tanggungjawab

Vandalism Poster

Murid merosakkan poster yang ditampal

Mengingatkan murid vandalism oleh guru bertugas dan guru disiplin

Guru bertugas

 

 

 

11.0     PENUTUP

 

            Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program

yang diharapkan dan seterusnya membantu kesejahteraan mental dan emosi warga sekolah.

 

 

 

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

 

 

 

 

(NURHAIZA BINTI CHE MAT)

Guru Bimbingan & Kaunseling,

SMK Seri Bintang Selatan.

Tarikh :

(SABIDARA BINTI MAHMUD)

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

SMK Seri Bintang Selatan.

Tarikh:

 

 

 

 





Ramadan ke 5

Allâhummarzuqnî fîhidz dzihna wattanbîh wa bâ’idnî fîhi minas safâhati wattamwîh waj’al lî nashîban min kulli khairin tunzilu fîhi bijûdika yâ ajwadal ajwadîn

Ya Allah! Mohon berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan. Anugerahkanlah kepadaku bahagian dari segala kebaikan yang Engkau turunkan, demi kemurahan-MU, Wahai dzat Yang Maha Dermawan dari semua yang dermawan’



13 March 2024

Teks Pengacara Dan Slaid ACT SMART

Teks Pengacara Dan Slaid ACT SMART


Saya share teks pengacara majlis dan slaid presentation ,  talking point pengetua. Semoga menjadi panduan dan bermanfaat






Fadhlin

MELAYANG SERINDIT DI ATAS PERMATANG

MERBAH BERKICAU DI HUJUNG MUARA

PEMANIS KATA SELAMAT DATANG

AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA

 

Assalamualaikum  dan Selamat Sejahtera,

 

Yang Berbahagia,

Puan Norlela bt A.Wahid, Pengetua Smk Seri Bintang Selatan

 

Yang Dihormati,

Puan Hamimah bt Shamsuddin, Penolong Kanan Pentadbiran

 

Yang Berusaha,

Puan Sabidara bt Mahmud, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

 

Yang Dikasihi,

Encik Zam Zam bin Abdul Aziz, Penolong kanan kokurikulum

 

Guru-guru kaunseling, guru-guru yang disayangi dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.

 

DARI RAUB KE PONTIAN

TERUS PULA KE KUALA PERLIS

HARAP SEMUA BERI PERHATIAN

MOHON SAYA MULAKAN MAJLIS

 

Selamat datang ke MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ADAB CAKNA TINGKAH LAKU SMART bagi tahun 2024.

 

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama dalam majlis yang diadakan pada pagi ini.

 

 

 

SARUNG KETUPAT BERISI INTI

DIBAWA BUDAK SAMBIL BERLARI

KEHADIRAN SEMUA SANGAT DIHARGAI

MOGA MAJLIS MENDAPAT SERI

 

 

 

Melltrisya

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

 

 

Bagi menambahkan lagi keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh saudara YABAHALIF BIN ROSLI. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

Amin amin ya rabbal alamin

 

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada saudara Yabahalif atas bacaan doa itu tadi.

 

KE PEKAN KUALA MEMBELI BINGKA,

SAYANG PESANAN TERLUPA SUDAH;

MAJLIS BERMULA TIRAI DIBUKA,

DENGAN ALUNAN MADAH YANG INDAH

 

Seterusnya majlis akan dimulakan dengan menerangkan ACT SMART

 

SMART mempunyai maksud yang tersendiri iaitu:

 

S -SENYUM

M - MENYAPA

A - AKUR PERATURAN

R - RESPONSIF

T - TELADAN

 

Projek SMART ialah SMART dari aspek penampilan yang selalu mendapat aduan dari guru yang bermaksud

 

S - seluar seragam sekolah, seluar pendidikan jasmani dan stoking

 

M - muka tanpa make up bagi perempuan, misai tidak bole bagi lelaki

 

A - anak tudung wajib dipakai oleh murid yang

bertudung dan berwarna putih

 

R - rambut yang kemas

 

T - tali leher dipakai setiap hari dan tag nama

sentiasa dipakai

 

Bagi objektif pula, ia adalah untuk memupuk sikap murid mementingkan adab dan penampilan diri yang kemas.

 

Kedua, ia adalah untuk menjalankan intervensi terhadap murid yang tidak akur dengan adab yang baik dan tidak mengikut peraturan berpakaian dan penampilan diri.

 


 

Fadhlin

: ini adalah contoh murid lelaki yang bercirikan konsep SMART iaitu,

 

-memakai seluar dan baju sekolah yang seragam beserta stoking

 

-misai dan janggut tidak disimpan

 

-rambut yang tidak panjang

 

-tali leher dan tag nama sentiasa dipakai

 

Melltrisya

Laila: bagi perempuan bertudung pula, anak tudung haruslah dipakai dan berwarna putih. Tudung mestilah menutup dada dan tidak terlalu pendek.

 

Jazz: Bagi perempuan yang tidak bertudung, rambut mestilah diikat kemas dan memakai sepit supaya kelihatan lebih kemas.

Fadhlin

Hue sum: untuk murid yang memakai pinafore, baju haruslah berada dibawah paras lutut.

 

Ammar dan Kessh: bagi lelaki yang memakai baju pendidikan jasmani pula, ia perlulah dituck in dan memakai seluar trek sekolah

 

Bagi perempuan pula, baju mestilah dipakai di bawah paras punggung.

 

Terima kasih kepada murid yang telah menjadi contoh kepada murid murid lain.

 

TERBANG DIAWAN BURUNG JENTAYU

KERANA PENAT GUGUR KE BUMI

TAMPILAH TUAN KAMI MERAYU

BERSAMA AMANAT BEKALAN KAMI

 

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput saudara  MOHD DANIAL HFIY BIN MOHD TENGKU SOFFIAN ISMAIL                               untuk bacaan ikrar.

 

Murid murid dan guru guru diminta berdiri.

 

Majlis mengucapkan terima kasih kepada                               

saudara DANIAL HFIY atas bacaan ikrar itu tadi.

 

Melltrisya

TAK MOLEK JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA,

TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA;

TAK BERKAT ILMU TANPA AMALNYA,

TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA TIDAK ADA YANG BERBICARA

 

Untuk itu, majlis dengan ini  mempersilakan Puan Norlela bt A.Wahid pengetua smk seri bintang selatan untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

Terima kasih diucapkan kepada Puan Norlela atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Diminta Puan Norlela untuk kekal berada di atas pentas bagi merasmikan pelancaran program ini.


Dijemput Ketua Pengawas ................., di jemput Ketua PSS ........dijemput Pengerusi PRS menerima gimik cermin sbg simbolik untuk diletakkan di sekitar tempat strategik untuk memudahkan murid menjaga penampilan diri dgn kemas. 

 

Fadhlin

BUNGA SEROJA DI ATAS PARA,

JATUH DITIMPA BUAH BERANGAN;

ANDAI KATA TERSILAP BICARA,

KEMAAFAN JUA KAMI POHONKAN

 

DARI KEDAH KE PEKAN SARI,

BELI SUASA DI KOTA TINGGI;

SELESAI SUDAH TUGAS DIBERI,

DI LAIN MASA BERSUA LAGI

 

Hadirin yang dikasihi sekalian, dengan sempurnanya gimik pelancaran itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini.

 

Melltrisya dan fadhlin

Sekian wabilahitaufikwalhidayah assalamualaikum wbt.

 



Talking Point Pengetua

 

Program ACT SMART iaitu Adab Cakna Tingkah Laku Dalam Penampilan Diri Dan Sahsiah Diri untuk

1.    Memupuk sikap murid mementingkan adab dan penampilan diri  yang kemas

2.    Menjalankan intervensi terhadap murid yang tidak akur dengan adab yang baik dan tidak mengikut peraturan  berpakaian dan penampilan diri.

 

 

Pihak sekolah akan sentiasa menggalakkan murid -murid mengamalkan SMART pada adab adab berikut

S – senyum

M –menyapa (memberi salam)

A – akur peraturan

R - responsif

T – teladan

 

Dan SMART Penampilan

S – Seluar Seragam Sekolah, Seluar Pendidikan Jasmani dan Stokin,

M – Muka tanpa mekap bagi perempuan, misai tidak boleh bagi lelaki

A – Anak Tudung wajib dipakai oleh murid yg bertudung dan berwarna putih.

R- Rambut yg kemas

T-Tali Leher dan Tag Nama sentiasa dipakai. 

 

Harapan pihak sekolah SIFAR atau sekurang-kurangnya penurunan rekod disiplin SSDM mengenai ketidakatkuran adab dan penampilan murid yang tidak mematuhi etika berpakaian dan  tidak beradab.

 

Dengan ini saya mengumumkan bahawa pihak sekolah memperkenalkan anugerah IKON ACT SMART PENGGAL PERTAMA DAN KEDUA untuk murid -murid yang terpilih yang berketrampilan dari aspek sahsiah dan penampilan diri.

 

Akhir kata serangkap pantun dari saya

Elok anak kerana dikandang

Dikandang dengan budi senonoh

Elok akhlak nama terpandang

Sepanjang zaman menjadi contoh

 

Dengan ini saya melancarkan program ACT SMART SMK Seri Bintang Selatan bagi tahun 2024.



Ya Allah! Mohon dekatkanlah aku kepada keredhaan-MU dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta alasan-MU. Mohon berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-MU dengan rahmat-MU, Wahai Maha Pengasih dari semua yang Pengasih.


 

Telegram Channel