31 August 2013

Merdeka Ke 56 !!

Merdeka Ke 56 !!

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !


Selamat Hari Merdeka yang ke 56 . Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku
Sambutan Hari Merdeka sebelum cuti sekolah dengan tema di ambang merdeka dijalankan di tapak perhimpunan dengan himpunan lagu patriotik dan bendera yang berkibar menguasai dataran perhimpunan dan semua warga sekolah meraikan dan menyanyikan dengan penuh semangat.








30 August 2013

Jamuan raya mentor mantee 2013

Jamuan raya mentor mantee 2013



Meehon goreng
For 5S1 :)

Projek mentor mantee pelajar tingkatan 5 diadakan di kantin sekolah. Kali ini antara pengisiannya ialah jamuan raya bersama mentor mantee dan sambutan hari lahir bagi pelajar yang menyambut hari jadi dalam bulan ini. Selaku penyelaras projek , saya memastikan semua mentor berada bersama -sama mantee masing- masing dan diharapkan mantee masing-masing bekerjasama untuk membawa pot luck dari rumah atau tempahan dari kantin sekolah.








25 August 2013

Johan Perdana!

Johan Perdana!

Menanti senja..


Tahun ini saya bertugas selaku penolong ketua rumah sukan yang tak rasmi untuk dua tahun berturut. Kenapa tak rasmi? Sebab bukan lantikan pentadbir hanya lantikan dari ketua rumah sukan. Saban tahun ketua rumah sukan yang bertukar tetapi penolongnya bergantung kepada permintaan ketua rumah sukan. Ketua rumah sukan tahun ini juga meminta saya membantunya dalam apa sahaja urusan rumah sukan. Maklumlah ketua rumah sukan tahun ini memang pangkat ala adik adik dan suka minta tolong apa apa roger saya. Saya agak bernasib baik kerana jawatan AJK banyak dipegang oleh PRS dalam rumah sukan Perdana ini. Jadi memudahkan saya untuk ambil tahu dan mereka juga mudah untuk melontar idea. Yang penting duit ada..senanglah nak buat macam mana sekali pun. In charge untuk perbarisan rumah sukan Perdana, idea pelajar ini memang terbaik. Memandangkan sekarang musim jerebu, maka idea menutup mulut dan hidung dengan ala-ala fesyen Arab dipilih sebagai tema pasukan perbarisan rumah Perdana.

Memandangkan pada hari sukan sebenar, guru ketua rumah sukan bertugas di luar maka saya mengambil alih untuk tabik hormat ini. dan tempias kegembiraan mereka memperolehi johan perbarisan Sukan sekolah dan tempat kedua rumah sukan pada Hari Sukan sekolah. 





22 August 2013

Enhancing Student Potential Through Psychological Engagement

Enhancing Student Potential Through Psychological Engagement

  Cyberjaya vs Putrajaya
  New place to explore



I had attend a speech by Prof Dato'Dr Mahmood Nazar Muhamad as a Vice President Academy Student Affair from Cyberjaya University College Of Medical Science entitled Enhancing Student Potential  Through Psychological Engagement .
It is about me a generation X teaching  generation Y and  generation Z
- Be their friend, learn and know their style
- Test them - their interest, vocational and career prospect
- Let them explore
- Motivate them of their own choice and reward accordingly
- There is no right or wrong choice - avoid critizing or punishment
- Redirect with alternative, good example and success stories
- Positive role modeling
It's an intresting knowledge

When Prof said ..be their friend, learn and know their style.
I remember my student encourage and ask me to have facebook account..the reason why almost 50 percent of my friendlist in fb is my student.
My student create for me all my social media account..facebook, instagram in 2012, and recently ..help me to start with my blog.

Now they want me to have wee chat..twitter..etc.
But then i said..no thank you..this 3 social media enough for me. coz i have to admin with my collague 1 counseling page and 1 blog and also one of an admin to my sisters blog.

And not forget vle-frog. an official pages for teachers to create their own site..and the most site i always forget to update and write

21 August 2013

Deco pentas sempena Merdekaraya 2013

Deco pentas sempena Merdekaraya 2013

Significant date
To be save


Selaku setiausaha Program Guru Penyayang, saya akan melakukan aktiviti deco pentas perhimpunan setiap kali perayaan. Bermula dengan aktiviti sambutan Tahun Baru Cina dan kini Hari Raya Puasa pula. Serentak dengan sambutan Hari Merdeka, maka pentas perlu diserikan dengan bendera Malaysia juga di samping aksesori yang melambangkan Sambutan Hari Raya. Orait inilah hasilnya kerjasama bersama dengan student Pembimbing Rakan Sebaya memanjat sana sini. Biasanya hiasan pentas akan kekal selama dua minggu iaitu selepas seminggu naik dari bercuti sambutan Hari Raya.





19 August 2013

Kertas Kerja Jamuan Ramah Mesra Hari Raya SMKC -PIBG

Kertas Kerja Jamuan Ramah Mesra Hari Raya SMKC -PIBG


Selepas dua minggu bercuti..
Aktifkan semangat bekerja huhu



Kertas kerja yang saya sediakan sejak Julai lepas dan diedit lagi hari ini untuk Majlis Ramah Mesra Hari Raya SMKC dan PIBG dijalankan di dewan sekolah bagi mengeratkan silaturahim warga sekolah dan ibu bapa.

JAMUAN RAMAH MESRA HARI RAYA  SMK CHERAS


1.0            LATAR BELAKANG

Jamuan  Ramah  Mesra Hari Raya merupakan jamuan yang diadakan  khusus untuk menghimpunkan guru-guru dan para ibu bapa dalam  suasana tidak formal iaitu suasana santai bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara ibu bapa dan warga sekolah. Melalui jamuan ini para ibu bapa dialu-alukan hadir bagi memeriahkan suasana kekeluargaan warga SMK Cheras agar dapat berkenalan dan seterusnya mengenali para guru yang mendidik anak –anak mereka untuk memudahkan kerjasama yang bakal terjalin. Sehubungan dengan itu, satu inisiatif telah diambil dengan mengadakan  program ini bagi mencapai objektif yang diharapkan. Diharapkan agar program ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan guru guru mahupun ibu bapa.

2.0            OBJEKTIF

1)     Agar ibu bapa dapat berkenalan dengan guru –guru dalam suasana santai
2)     Agar ibu bapa dapat berbincang dan berbual dengan para guru dalam suasana tidak formal bagi menjalin hubungan yang lebih erat dalam kalangan guru dan ibu bapa.

3.0            TARIKH
7 September 2013

4.0            TEMPAT
Dewan Keris Mas, SMK.Cheras, Kuala Lumpur

5.0            SASARAN
1) Semua ibu bapa/penjaga  pelajar tingkatan peralihan hingga 5,SMK Cheras,Kuala Lumpur
2)  Semua guru


6.0            PENGISIAN PROGRAM
10.00 pagi       : Majlis ramah mesra
2.00 petang     : Bersurai

 7 station makanan  disediakan yang meliputi
1 stesen menu utama dari PIBG: nasi briyani atau nasi minyak. Sila bincang
4 stesen menu dari 4  bidang iaitu bidang bahasa, bidang teknik, bidang kemanusiaan dan bidang sains dan matematik : aneka mee/rojak/laksa
2 stesen mohon tajaan : aneka dessert / roti / buah/air




7.0            JAWATANKUASA

Pengerusi                  : Tuan Haji Juahir Bin Mondakir
Pengerusi Bersama  : Tuan Haji Mohd Yusoff Bin Kotok               
Setiausaha                  : Pn Nor Haizad Bt Mohd Taharim
Bendahari                  : Pn Nafsah Bt Mohd Shah
Jemputan
        Pn Nurhaiza Bt Che Mat
        Pn Ratna Dewi a/p Gopalakrishna
        Pn Rozinani Bt Awang
        Pn Lee Wan Yee
·     Menyediakan surat jemputan untuk semua     
    ibu bapa dan jemputan
·     Mengenal pasti bilangan kehadiran yang    akan hadir sewaktu program

Tajaan
Dato’ Jasudass a/l  A. Sebastian
En Munizar Bin Haji Mohamad
En Prematilaka KD Serisena
En Mohd Khiruddin B Awang
Pn Nafsah Mohd Shah

Pn Nor Asyikin Ho Bt Abdullah
Pn Norliza Borhan
Pn Amila Abdullah

Pn Helen Merlyn Dodampe
Pn Haslina Abd Rahim
Pn Zizawani Bt Fauzi

Pn Noor Aini Ibrahim
Pn Sharin Hanum Bt Ramli
Pn Hamidah Hamdan

En Pua Ah Nge
Pn Noraida Abdullah
Pn Che Ma Rabitah Hj Kamaruddin

·     Mencari tajaan untuk menu utama PIBG dan  2 gerai yang menyediakan dessert dan air bagi AJK Ibu Bapa
·     Menyediakan surat tajaan


·     AJK Guru membantu mencari tajaan untuk menu  makanan dari 4 gerai yang disediakan oleh pihak sekolah. 4 gerai dibahagikan mengikut 4 bidang kurikulum.
·                
Publisiti
En Che Mohamad Padali Bin Che Mat
En Mohd Rahimi B Abd Karim           

·    Menyediakan kain rentang sebagai hebahan
·    Membuat liputan akhbar mengenai program
Pendaftaran
Pn Jasbir Kaur a/p Karnail Singh
Cik Noraini Bt Jamaluddin
Cik Hamizah Bt Mohd Aris
Pn Goh Shieh Leng

·       Menyediakan borang pendaftaran guru dan ibu bapa
Sambutan
Puan Faizah Rahim
Puan Salina Mohd Isa
Cik Lie Kiet Wei
Puan Umizam Zaharah Ismail
En Chan Yoong Keong
En Mohd Nasrun b Ahmad
Datin Malikka a/p Murugam

·       Menyambut di hadapan pintu masuk dewan
Persiapan Dewan:
En Mohd Nidzam B Mohd Yusoff
En Masrizal B Abu Bakar
En Ahmad Azran B Abdul Rahman
En Mazlie Bin Mohamad
En Mohd Anis Bin Isa

·       Mengadakan susunatur dewan dengan susunan kerusi meja dan meja buffet di tempat yang bersesuaian
Hiasan Dewan
Puan Aziyanti Bt Abu Khanipah
Cik Jamaliah Azmirakarimah Bt Mohd Ali
Puan Nur Adilah Bt Abdullah
Puan Murniyati Bt Masari
Puan Rosemariza Abdul Aziz


·     Mengadakan hiasan dalam dewan, pintu masuk  dan pentas yang bersesuaian dengan tema hari raya

Jamuan
Pn Nor Azlinda Bt Abdul Razak
Pn Saedah Bt Mohd Jais
Pn Khairul Akhmar Bt Omar
Pn Faiza Bt Mamat
Pn Norriza Jumaat
Pn Normah Othman

Pn Maimunah Abdullah
Pn Roziah Bt Khalid  

·     Menyediakan peralatan jamuan yang diperlukan berdasarkan menu
·     Memastikan  menu  makanan dari PIBG dan tajaan dan ketua bidang agar mendapatkan menu yang pelbagai
·     Membantu kelancaran program dengan makanan yang mencukupi.
Kebersihan




Pn Norlela Bt Kamaruddin
Cik Nor Zalifah Hanafi
Pn Suhaibah Bt Mat
Pn Aisyatul Nazliah Abd Rani

                       
·     Memastikan kebersihan kawasan luar dan dalam dewan sebelum program dan selepas program
·     Mohon kerjasama dari pekerja pembersihan
Persembahan



Pn Norlaili Bt Ani
Pn Azimah Ibrahim
Pn Noor Alamiyah Bt Zakaria           
·     Menyediakan persembahan yang sesuai dan lagu-lagu mengikut tema sama ada nyanyian atau rakaman lagu.
Teknikal
En Balasegar a/l Muniandy
En Nik Rahmat B Nik Mood

·     Menyediakan PA Sistem yang baik dan berfungsi
Fotografi                       
Cik Aida Azlina Bt Ramli

·     Menangkap gambar sepanjang program
Laporan
Dokumentasi

Cik Hufaidah Zakaria
Puan Solehah Ahmad
·     Menyediakan laporan dokumentasi



8.0           ANGGARAN PERBELANJAAN

Perbelanjaan

Menu utama PIBG : RM 5 x 300 orang             = RM 1,500
Menu sampingan  : RM 4 x 250 orang x 4 gerai = RM 4,000
Menu dessert        “: RM 2 x 300 orang            = RM    600
Kain rentang           :                                       = RM    200
Hiasan dewan         :                                       =RM     200
Jumlah                                                              RM 6,500



9.0           PENUTUP

Diharapkan agar program jamuan hari raya ini mendapat sambutan yang
memberansangkan dalam kalangan warga ibu bapa dan guru.

Disediakan oleh,

Puan Nurhaiza Bt Che Mat












 

Telegram Channel