5 August 2013

Intervensi Stres



            Klinik Kesihatan Cheras dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan satu bengkel “Minda Sihat Hidup Tenang” kepada para pelajar yang mendapat skor saringan teruk dan sangat teruk bagi ujian DASS. Selain itu, pelajar Pembimbing Rakan Sebaya dari Tingkatan 4 juga menjadi peserta program bagi mendapatkan kemahiran menangani stres. Tujuan utama bengkel ini ialah memberi kemahiran kepada murid sekolah tentang cara-cara menangani stres dan mengendalikan masalah emosi dan tingkah laku. Selain itu, saringan ujian dijalankan bagi kali kedua untuk melihat perubahan skor bagi ujian saringan tersebut.  
                                


Aktiviti Yang Dijalankan:
Masa
Aktiviti

7.30 -8.00 pagi
Pendaftaran peserta di SMK Cheras

8.00 pagi- 8.30 pagi
Aktiviti 1000 langkah – berjalan kaki dari SMK Cheras ke Klinik Kesihatan Cheras

8.30 -9.00 pagi
Senaman aerobik diketuai oleh Encik Najmi

9.00 -9.30 pagi
Sesi pecah bendungan yang dikendalikan oleh Encik Che Mohamad Padali Bin Che Mat
Nyanyian lagu tema oleh Ella – Lagu Gemilang

9.30 -10.00 pagi
Sarapan pagi

9.30 pagi
Ucapan Aluan oleh Dr Rozita Bt Arifin ( Pegawai Perubatan U54 )

9.30 -10.30 pagi
Slot Ceramah mengenai Minda Sihat oleh Dr Norliza Bt Muskan selaku Pakar Perubatan Keluarga , Klinik Kesihatan Cheras.

10.30 – 11.30 pagi
Bengkel Mengenali Diri Dan Pengurusan Kendiri

Peserta  dibahagikan kepada 4 kumpulan dibawah bimbingan Puan Nurhaiza Che Mat, Puan Rozinani Awang, Encik Che Mohamad Padali Bin Che Mat dan Cik Nadiatul Farhana Bt Mat Sihap.

Modul Aktiviti Rancangan Hidup dan Aktiviti Bersyukur.

11.30 -12.00 tengah hari
Modul Pemikiran Positif . Sesi ceramah disampaikan oleh Puan Nurhaiza Bt Che Mat .
Pelajar diminta memikirkan sesuatu yang positif mengenai kawan-kawannya dan diminta menyampaikan kata-kata tersebut kepada kawan-kawannya.

12.00 -12.30 tengah hari

Teknik Relaksasi dikendalikan oleh Encik Najmi
12.30 – 1.00 tengah hari
Ujian Saringan DASS kali kedua
1.00 – 2.30 tengah hari
Makan tengah hari
Solat Zohor
2.30 – 4.30 petang
Aktiviti Suka -Suka
3 aktiviti telah dirancang untuk member informasi secara berkesan dan aktiviti dijalankan satu demi satu.
5 kumpulan telah dibentuk bagi menjayakan aktiviti ini . Fasilitator akan memilih pemenang dalam setiap kumpulan. Fasilitator terdiri daripada Ketua Jururawat Azizah, Staf Nurse Ahmad Najmi, Staf Nurse Nurul Suhaida, Staf Nurse Nurul Ain Harudin. PPP Hayati Bt Mohd Nawawi @ Abdul Majid, Staf Nurse Tanty Liyana Bt Abdullah, JM Rohaniza

Aktiviti 1
Ahli kumpulan perlu menetapkan nama kumpulan, logo kumpulan dan slogan kumpulan.

Kumpulan terbaik yang memenangi aktiviti ini memperolehi hamper.

Aktiviti 2
(IDEAL)
I     Kenal pasti masalah (Identify problem)
            (setiap ahli kumpulan dikehendaki menulis masalah diri
      D   sendiri di atas kertas yang disediakan)

      E   evaluate – menilai masalah tersebut
      A   action
      L   learn

EAL – Fasilitator mengambil kertas mengenal pasti masalah yang ditulis oleh pelajar dan memberikan soalan kepada pelajar tentang masalah yang ditulis. Setelah memperolehi ‘action learn ‘ daripada pelajar, pelajar yang memberi hujah yang terbaik dalam kumpulan akan dipilih sebagai pemenang.

Aktiviti 3
‘ Mencari Khazanah”
Beberapa ayat atau perkataan yang telah diterbalikkan dan para pelajar perlu menyusunnya semula untuk membentuk satu ayat atau perkataan. Ayat dan perkataan ini adalah yang berkaitan dengan Program Minda Sihat. Masa yang diberikan hanya 1 minit sahaja.

Aktiviti ini dibahagikan kepada 3 kumpulan yang telah dibentuk. Kumpulan yang berjaya akan menerima hadiah.
4.30 -5.00 petang
Majlis Penutup
5.00 -5.30 petang
Minum petang
 

Telegram Channel