21 September 2013

Family Day di Nur Lembah Pongsun

 Hi! This is my family



 

 Dah lama tak kumpulkan family besar PRS Ting 1 hingga 5 dalam satu program santai. Dgn idea Hawaii dari AJK Ting 4, perah otak jugakla the senior pikir pakaian yg menepati tema untuk dipakai. But suprise..they really look gorgeous! Program ini sebenarnya untuk meraikan ahli PRS Tingkatan 5 yang telah banyak berbakti kepada kami. Sejak menjadi guru kaunseling sekolah ini, saya lebih suka meraikan PRS Tingkatan 5 dalam bentuk yang santai dan dapat diraikan bersama-sama  junior PRS sambil mengadakan aktiviti yang menyeronokkan yang akan dikendalikan oleh junior PRS Tingkatan 4. Then the end of programme barulah sesi penyampaian hadiah dan sijil diadakan. Barulah ia menjadi kenangan manis yang lebih seronok untuk dikenang berbanding dengan makan makan kat hotel selama 2 jam dan balik!
                  




                  Thank you AJK Form 4 buatkan kalungan bunga yang menarik untuk setiap senior as a doorgift.
AJK form 4 sendiri  make an extra effort by making a skirt for each one as a remark for AJK.
Alahai ...so cute.
                                    


Program dimulakan dengan sesi ice breaking dan tagline program.

Kemudian acara treasure hunt bermula dengan 6 group berentap sesama mereka dan menyelesaikan misi di 6 checkpoint. Tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti treasure hunt kerana sangat luas dan peserta boleh menggunakan pelbagai kemudahan di sini untuk dijadikan checkpoint.




   Selesai sahaja aktiviti treasure hunt, pelajar rehat dengan minum pagi.


AKTIVITI WATER CONFIDENT DAN BERAKIT

 Peserta didedahkan dengan water confident bagi menyakinkan mereka dgn aktiviti air.

Kemudian peserta dibenarkan memilih kumpulan masing-masing dan membina rakit mereka sendiri dengan bantuan dari ahli bomba yang bertugas. Bagi menggunakan perkhidmatan ini, pelajar perlu membayar RM10 sahaja setiap orang bagi kos jurulatih dan menggunakan kemudahan rakit. Setelah itu setiap kumpulan dibahagi kpd 2 iaitu team A yang mengerakkan rakit dengan menggunakan pendayung ke seberang dan patah  balik ke tempat asal menggunakan tangan diikuti giliran team B menggerakkan rakit .
Peserta sangat letih tapi happy and enjoy with a new experience.





Kemudian kami berehat untuk makan tengah hari. Servis di sini memang bagus, pelayan yang menghidangkan makanan akan memastikan makanan mencukupi dan melayan sahaja kehendak kami apabila memerlukan itu ini dan pertambahan makanan. PA Sistem juga berfungsi dengan baik dan disediakan dari tempat asal kami berkumpul di padang nun jauh di hujung belakang kem, dipindahkan oleh pekerja ke tempat jamuan makan yang hanya terletak dihadapan kolam kami kerana saya bercadang mengadakan majlis penutup di situ sahaja sebaik sahaja selesai makan.

 penyampaian sijil dan cenderamata kpd
  • AJK Pembimbing Rakan Sebaya 
  • AJK PROSTAR
  • AJK Kelab Kerjaya
  •  





Akhir sekali, cikgu nak ucapkan tahniah kpd semua AJK yang menjayakan program ini dengan lancar dan menarik.dan kepada prs ting 5, terima kasih kerana banyak membantu unit kaunseling. Semoga korang berjaya dalam exam nanti. Terima kasih kepada PRS Tingkatan 4 yang bertindak selaku AJK idea dan kreativiti korang sangat superb dalam menjayakan misi hari ini.

Bagi yang berminat ke tempat ini sila https://nurecoresort.wordpress.com/nur-lembah-pangsun/


 
 

Telegram Channel