1 September 2013

Kes Trauma

Hi September!

Hari ni saya nak bercakap mengenai  kes trauma dan bagaimana saya mengendalikan kes trauma ini dan belajar agar dapat mengendalikan  sesi kaunseling dengan lebih berkesan.

Trauma ditakrif sebagai kesakitan yang dialami oleh seseorang yang memberi kesan kepada psikologi dan fizikal seseorang sehingga membawa kesan kepada kehidupan seperti menurunnya tahap produktiviti dan aktiviti seharian. Trauma kerana peristiwa pahit sama ada fizikal atau mental yang menyebabkan kerosakan serta merta kepada tubuh atau kejutan kepada minda. Kebimbangan yang melampau kesan fizikal dan psikologikal yang boleh menggangu emosi yang dicetuskan oleh peristiwa pahit. 

Setiap individu mengalami trauma mempunyai tiga fasa iaitu 
  • Fasa severe :  keadaan serius dan tindak balas serta merta ketika trauma yang baru berlaku secara tiba-tiba. Individu itu mengalami peristiwa pahit dan merasa takut dan ngeri sehingga tidak berdaya. Pukulan emosi yang dihadapi begitu hebat secara tiba-tiba.
  • Fasa kronik : bermula dari awal kejadian sehingga beberapa minggu selepasnya. Gangguan emosi yang mendalam dan berlarutan sehingga berbulan malah adakalanya bertahun. Ketakutan dan kebimbangan adalah khusus kepada peristiwa yang menjadi penyebab kejadian trauma. Mereka masih lagi mengalami kemurungan, rasa tidak selamat dan rasa kehilangan. Kemurungan boleh menyebabkan mereka hilang kawalan diri dalam kehidupan. Mereka mempunyai tendensi mengasingkan diri dari perhubungan sosial, perubahan pola tidur, kerap marah, mudah melenting. Ada juga yang cuba mengisi masa untuk menghilangkan kesunyian dan penderitaan. 
  •  Fasa penyesuaian : Proses integrasi antara trauma dengan kehidupan seharian. Individu tidak lagi menfokus kepada trauma yang dihadapi tetapi berusaha menumpukan kepada kehidupan seperti sediakala walaupun terpaksa melalui beberapa proses penyesuaian. Penyesuian yang perlu dihadapi bergantung kepada tahap kehilangan yang dihadapi. Pada masa ini, mereka boleh melalui kehidupan tanpa dibayangi oleh pengalaman pahit yang menimpa. Malah perubahan tingkahlaku dan perasaan mereka juga ke arah yang lebih positif dan adaptif. Proses penyesuaian ini bergantung kepada personaliti, self esteem di samping sokongan keluarga, pakar perubatan, psikiatri, psikologis,kaunselor dan ahli masyarakat. Mereka pulih dengan cepat kerana personaliti yang unggul seperti kemampuan menghadapi cabaran dan pengurusan flashback yang berkesan. Sistem sokongan yang padu dari ahli keluarga dan rakan-rakan yang selalu mengingatkan tentang fokus kehidupan adalah sangat membantu.
 

Telegram Channel