7 September 2013

Treasure Hunt Projek Minda Sihat


 Jom main Treasure Hunt !

Hari ni seramai 57 peserta PRS dan peserta Minda Sihat menghadiri aktiviti Treasure Hunt Minda Sihat dan Kesedaran Kesihatan di Klinik Kesihatan Cheras yg dikendalikan oleh staf di sini. Program ini merupakan salah satu dari projek tahunan Klinik Kesihatan Cheras untuk program Minda Sihat. Seawal pukul 8 pagi kami bertolak dari sekolah dengan berjalan kaki.

 
Aktiviti berjalan kaki dari sekolah ke klinik
                    


Sampai di klinik, taklimat telah disampaikan oleh Staf Nurse Najmi mengenai perjalanan program pada hari  ini. Kemudian Cikgu Padali mengambil alih untuk acara ice breaking.





        

        


Selesai acara ice breaking, staf Klinik Kesihatan mengambil alih untuk aktiviti Treasure Hunt di sekitar kawasan Klinik Kesihatan Cheras.
Treasure Hunt ini terdiri dari 8 checkpoint yang terdiri dari:
CP 1 : Senaman pernafasan
CP 2 : Teknik Relaksasi
CP 3 : Teknik 10B Penawar Stress
CP 4 : Katakan Tak Nak Merokok
CP 5 : HIV dan Puncanya
CP 6 : Kawalan Marah
CP 7 : Bijak Menangani Stres
CP 8 : Laungkan Semangat Anda

Objektif soalan pada checkpoint untuk menguji sejauh mana pelajar mempunyai pengetahuan mengenai topik di atas dan kemahiran untuk menanganinya berdasarkan ceramah yang pernah dikendalikan oleh staf klinik di sekolah dan promosi serta hebahan yang disampaikan. Pemenang berdasarkan jawapan yg tepat dan markah tambahan untuk kumpulan yg bijak, cepat, tepat, pantas, kemas, tersusun dan jujur. Semua checkpoint dijaga oleh staf klinik hanya checkpoint ke 8 dikendalikan oleh guru kaunseling.


                                              



                                                  Tahniah kepada pemenang hari ini.


 
 

Telegram Channel