Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

26 October 2013

Remaja & Cinta & Cita - Cita


Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah, namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Tanya sama pokok......
 Hari ni selaku penceramah untuk program Kem Puteri Islam peringkat Zon Pudu yang diadakan di SK Desa Tasik. Sekolah ini tidak mempunyai dewan yang tertutup. Semua program dijalankan dalam dewan terbuka. Dah lama tak menyampaikan ceramah kepada guru -guru dari sekolah lain yang turut mengikuti ceramah saya dari mula hingga akhir. Walaupun sebagai guru pengiring, tetapi mereka mengikuti aktiviti slot bersama saya..well..Butterfly in my stomach!
Memandangkan saya perlu menggunakan power point, kami terpaksa menggunakan kelas yang diubahsuai. Ini kerana dewan terbuka tidak sesuai untuk saya menggunakan power point kerana masalah teknikal. Apabila berada di dalam kelas, saya rasa pelajar - pelajar ini semakin dekat dengan saya dan mudah menjalankan aktiviti dan berinteraksi dengan mereka. Set induksi siapa remaja? Then ceramah mengenai remaja dan cinta
Teka apa yang sedang mereka lakukan? Saya memberikan inventori Gaya Bercinta.dan bersungguh pelajar ini memberikan respon kepada inventori ini. Saya hanya membimbing mereka mengenai kesimpulan setiap respon yang mereka berikan menunjukkan jenis - jenis percintaan. Gaya bercinta persahabatan, cinta romatik, cinta permainan, cinta logikal, cinta kepunyaan dan cinta pengorbanan. Bagi yang mempunyai couple, cepat je merespon. Bagi yang tiada tu, saya hanya meminta mereka membayangkan kerana yang penting saya akan mengulas setiap gaya bercinta yang diperolehi untuk panduan mereka di masa akan datang... .

Sesi penghargaan dan sesi penutup. Terima kasih daun keladi. Terima kasih jemput saya ye

No comments: