Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

20 October 2013

Team Building di Agrotek Garden Resort

Selamat pagi!

Semalam attend LDK dan jamuan akhir tahun di Agrotek Garden Resort, Batu 14, Hulu Langat, Selangor. Program ini dijalankan  dengan kerjasama dari AJK LDP dan AJK Kelab Guru.
Bagi slot sukaneka dan team building dikendalikan sepenuhnya oleh UBK. Macam macam lokasi yg kami plan dan jauh sikit di Port Dickson sana tetapi at the end selepas mengambil kira bayaran dan tajaan dan kesesuaian masa, kami mengadakan program berdekatan sedikit. Tempat ni..sangat cantik binaan dan landskapnya. Pakej sukaneka dan makanan tengah hari ialah rm88 dengan kemudahan pengelola sukaneka dengan 10 jenis aktiviti, air kordial sepanjang sukaneka,  karaoke, 2 chalet untuk persalinan dan makan tengah hari dengan pelbagai menu serta dewan makan yg eksklusif untuk satu satu group dengan kemudahan PA sistem dan setting meja VIP.

Aktiviti team building dijalankan dalam bentuk sukaneka. Kami plan mengadakan 10 jenis sukaneka tetapi oleh kerana kekurangan masa hanya 9 sukaneka dijalankan. Pertandingan sukaneka dijalankan dalam bentuk pertandingan antara rumah sukan sekolah. Pilihan sukaneka ditetapkan oleh pihak resort dan kami memilih 10 permainan

Antara aktiviti sukaneka itu ialah-

lari sambil mengepit bola
lari dalam guni
lari dalam guni sambil menyepak bola
mummy wrap
pancing tin
terompah gergasi

Bila bercakap mengenai perangai cikgu cikgi ni....memang asyik ketawa bila melihat true colour masing masing. sporting habis bagi yg memberikan komitmen tu.Aktiviti air yg paling mencuit hati semua orang dan terbaik..

Mengisi air dalam paip yg mempunyai lubang dan misi untuk mengeluarkan bola ping pong dari paip tu dengan ahli perlu menutup lubang tersebut agar air tidak memancut keluar sewaktu ketua mengisi air.

Wrestling titi ..game perempuan je. Ahli perlu menolak jatuh ahli kumpulan lain dengan cara mencuit atau menggeletek. Game ni memang sangat funnnnn..dan pasukan Perdana johan! Pasukan rumah sukan sendiri..ahaks tak sangka.

Memasukkan pasir sungai ke dalam botol di mana ahli perlu menyelam untuk mengambil pasir dan memasukkan ke dalam botol.

Selepas penat ketawa dan penat fizikal bersukaneka..kami pun mkn tengah hari sambil Kelab Guru pula yang mengelolakan aktiviti seterusnya.

At the end..hopefully everybody happy..dan sekiranya ada kekurangan di mana mana pihak penganjur memohon maaf.



No comments: