Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

28 November 2013

Kem Kepimpinan Nur Bukit Unggul




 Tarikh : 21 - 22 Jun 2013
 Tempat : Nur Bukit Unggul

Tahun ni buat kem agak lambat dari biasa..sbb awal tahun peruntukan dari PIBG lambat dpt. So delay punya delay dah masuk Jun so on je lar pada 21 hingga 22 Jun. Tahun ni kami bercadang menggunakan kemahiran PRS untuk mengendalikan sesi LDK pelajar. Oleh sebab kebanyakan kem offer tempat dan konsultan, kami perlu mencari tempat yg sesuai untuk mengendalikan kursus menggunakan kepakaran yg ada. Then kami bercadang menggunakan Nur Bukit Unggul. Tempat ini memang selesa dengan kemudahan dorm, chalet dan tempat makan dan surau yang selesa. Sasaran kem ini asalnya untuk pemimpin pengawas, pengawas pusat sumber, AJK Koperasi dan PRS. Tapi apabila kami memohon peruntukan kewangan dari kokurikulum untuk pengangkutan, Penolong Kanan Kokurikulum meminta agar ditambah untuk AJK Badan Beruniform. Maka jadila satu projek kepimpinan yg agak besar. Masa ni cuaca agak tak okey. Jerebu melanda Kuala Lumpur dan Selangor dan disetengah tempat hingga tahap berbahaya. Kami hanya menunggu arahan je jika program terpaksa dibatalkan. Tapi alhamdulillah program berjalan seperti biasa.

Bertolak dari sekolah seawal pkl 8 pagi, kami terus ke kem. Program dimulakan dengan taklimat oleh kem komandan dan kemudian aktiviti yg dikendalikan sepenuhnya oleh PRS. Hari ni aktiviti dari pagi hingga malam dikendalikan dengan baik oleh PRS. Ini merupakan pengalaman pertama PRS mengendalikan sepenuhnya sesi berkumpulan LDK melalui bimbingan TOT sebelum program. Biasanya PRS yang dilatih akan mengendalikan program di sekolah dan aktiviti di luar yang melibatkan PRS sahaja. Nampaknya PRS dapat mengendalikan aktiviti dengan baik kerana biasa menjadi AJK dan fasilitator. Kami dibantu juga dengan dua guru praktikal kaunseling dari UPM yang bersama kami sejak Jun hingga Julai. Dah lama menggunakan khidmat konsultan sebelum ini untuk projek di luar, menyebabkan saya rasa agak penat bagi mengendalikan kem  kali ini. Ini kerana sebagai penganjur saya perlu memastikan everything done properly. Partner pula tidak sihat kerana demam denggi tetapi digagahi juga untuk hadir ke kem ulang alik menyebabkan saya hilang orang kuat untuk bersama-sama run the programme.Mujur kem untuk kepimpinan bermakna pelajar mengikut arahan dengan baik. Peserta membayar yuran serendah RM50 sahaja dan selebihnya kami memohon peruntukan PCG Kaunseling, PIBG, Koperasi, Pusat Sumber dan mohon penajaan lain.

Pukul 10 malam aktiviti dikendalikan oleh kem disini dengan khidmat oleh ahli bomba dan penyelamat serendah RM 10.00 bagi seorang pelajar untuk aktiviti night walk, flying fox dan merentas kolam air. Aktiviti nightwalk dijalankan mengikut aktiviti berkumpulan dengan setiap kumpulan dilepaskan kumpulan demi kumpulan.  Bulan mengambang sangat cantik mlm ni dengan fenomena bulan penuh dan cantik. Keesokan harinya aktiviti flying fox dan merentas air diadakan dengan pelajar dibahagikan kepada dua pasukan. Satu pasukan untuk aktiviti flying fox dan satu kumpulan lagi bagi aktiviti merentas sungai.  Wah dah lama tak buat aktiviti flying fox..rasa gayat mula datang, huhu nak hilangkan rasa gayat saya join dengan student yang buat merentas kolam air dulu.  Masuk air yg kotor pun saya join dengan student. Then barulah datang semangat nak main flying fox..rasa berderau darah. The end memang seronok.

Bagi Majlis Penutup, kehadiran Penolong Kanan Kokurikulum dan pengetua bagi menyempurnakan Majlis Penutup amatlah dialukan. Majlis berjalan lancar  dan tamat pada pukul 3.00 petang.




No comments: