16 September 2013

Pesona Pulau Kapas-Terengganu

 Pantai dan hutan,
 Keindahan dan ketenangan,
 Mendamaikan hati

Last minit plan to Pulau Kapas..pulau yg kecil dan tidak banyak resort berbanding Pulau Redang atau Pulau Perhentian. So hampir putus asa sebab semua resort penuh dan nak menjadi rezeki jugak untuk menginap di situ bila call the last resort. So there we are. Perkhidmatan bot yang sentiasa ada keluar masuk memudahkan kerana kami tidak perlu menunggu lama. Menaiki bot dari jeti Marang ke Pulau Kapas selama 10 minit sahaja dah tiba.... wow ! memang cantik laut pantai Terengganu. Teringat kali terakhir ke sini 15 tahun lepas sewaktu belajar di UPM Terengganu dgn geng Kadet Puteri untuk aktiviti kokurikulum. Sewaktu tu saya memegang jawatan Pengerusi dan kami pergi for a day trip sahaja . Tempat ini memang tidak banyak perubahan. Masih di jeti yg sama cuma suasana di jeti Marang  meriah dgn aktiviti jual beli dgn makanan Terengganu yg pelbagai rupa dan rasa. 

Kat Pulau Kapas ni, Taman Laut nya dari pantai mmg dah nampak byk ikan yg berenang ke sana sini terutama ikan nemo. Tak perlu pakai alat snorkeling pun dah nampak jelas kerana airnya yg sangat jernih. Lingkungan beberapa meter dari pantai, ada batu karang yg cantik dan pelbagai jenis ikan. Oleh kerana taman lautnya lebih kecil berbanding Pulau Redang dan Pulau Perhentian pelantar pelampung di laut tidak ada. Tapi yg tak bestnya ketika ini ialah banyak obor obor yg menganggu untuk berenang dengan selesa. So sempat juga buat aktiviti menangkap obor -obor dgn orang lain yg ada disitu. Oleh sebab pulau ni dekat, memang ramai org yg dtg untuk day trip sahaja iaitu datang dari pagi dgn bot laju dan berkelah di situ dan pulang semula pada waktu petang. Memang ramai betul orang di sebelah pagi dgn bot laju dari pelbagai saiz keluar masuk.dan ada yang bawa makanan untuk picnic semata -mata di tepi pantai chalet yang ada. Macam pantai Port Dickson pulak,  meriah betul  orang  ramai yang datang. Pukul 2 barulah agak surut dan cuaca pulak tak begitu baik. Wow pemandangan indah kombinasi menarik laut yang berombak, angin yang bertiup kencang dan awan yang sarat hitam menyebabkan saya rasa terpaku dan tidak mahu berganjak menikmati pemandangan. Hanya apabila hujan mula turun dari renyai ke hujan lebat barulah saya beralah. Ketika ini saya teringat sewaktu day trip bersama Kadet Puteri UPM Terengganu, ketika tu saya memegang jawatan sebagai Pengerusi Kadet Puteri. Sewaktu balik dari Pulau Kapas menuju ke jeti, kami berpecah 2 bot. Cuaca buruk seperti sekarang dan pemandu bot tidak nampak laluan. Agak mencemaskan semua orang apabila laut bergelora dan pemandu bot kelihatan resah dan berhenti di tengah laut kerana tidak pasti hendak menuju ke mana. Cuaca semakin gelap menyukarkan pemandangan dan kelihatan peserta dari junior mahupun senior ada yang sudah menangis dan stres. Masa ni hanya Allah yang tau perasaan saya, tetapi sebagai ketua saya cuba mengawal keadaan dan bersikap tenang.. tetapi apabila kami berjaya tiba di jeti dengan bantuan ..dan disambut oleh penasihat Kadet Puteri huhu barulah keluar air mata !


 

Telegram Channel