24 December 2013

Travel to Colombo -Kandy,Sri Lanka

Pagi yg indah
Terhibur dengan bunyi keretapi 
Sayup bunyi ombak laut
Selamat tinggal Colombo!

Day 2
Pagi ni kami bersiap seawal pukul 6 pagi waktu tempatan dan mencari breakfast di luar. Hari ni ada polis trafik yang bertugas. Wah senang sikit kami melintas. Bayangkan ada lintasan zebra kuning mcm kat Malaysia but without trafic light yg membolehkan kita press button utk melintas jalan. Disini dilintasan zebra tertulis orang melintas, tapi kereta  lalu lalang dengan laju dan oh no! no! no! saya memang gerun untuk melintas tanpa trafic light. Semalam bersungguh sungguh saya mendekati Wati sambil teragak agak untuk melintas. bagus betul polis ni macam faham apa yang bermain difikiran saya, dia membantu kami melintas jalan. Breakfast kami hari ni ialah roti nan cicah kacang dal dan fish bread mcm murtabak tu. Pedas fish bread dan terasa lada hitam...makan punya makan then perut terus memulas. Saya bergegas ke hostel untuk melepaskan hajat manakala yang lain ke pantai untuk menikmati keindahan pantai. Mujurlah saya dah ke pantai itu semalam takla terasa ralat.
Hari ni kami akan ke Kandy menaiki kereta selama 4 jam. Kandy ialah bandar kedua terbesar di Colombo. Pada mulanya kami bercadang menaiki keretapi tapi tiket keretapi telah habis yg tnggal hanya kelas ketiga iaitu konsep first come first serve. It means kena berebut dan duduk ke berdiri ke..ikut sukala asalkan dapat. Oleh sbb perjalanan yg lama dan takut ada yg tercicir antara kami time berebut takde tempat, so kami decide naik kereta dari Colombo - Kandy. 2 jam dalam kereta memang penat...mujur driver nak berhenti makan so bolehla kitaorg meredakan otot kejap sambil menikmati air buah kelapa yang enak berharga 40 rupee sahaja dan selesai minum air kelapa tour guide merangkap driver kami tu datang membawa manisan untuk kami mencuba iaitu sejenis makanan tradisional di sini yg dinamakan tallaguli.Perjalanan diteruskan ke Pinnawala Orphanage Elephant. Kami mengambil pakej 2 iaitu menaiki gajah selama 10 minit dan memandikan gajah tersebut. Harga setiap orang ialah 3000 rupee. Masuk sahaja di sini, kami diberikan taklimat mengenai latarbelakang dan sejarah gajah. Kemudian kami ke tempat stesen menunggang gajah. Berbeza dengan pengalaman saya menunggang gajah di Krabi sebelum ini, setiap gajah mempunyai tempat untuk kita duduk manakala gajah dikawal oleh penjaganya dari atas gajah. Tetapi di sini kami naik di atas gajah dan penjaga gajah mengawal dari bawah dan laluan gajah juga sangat mudah. Turun sahaja dari gajah, penjaga gajah meminta tips dari kami. Begitu juga dengan jurufoto. Setelah itu kami ke tempat gajah yang sedang berendam dalam sungai dan mengambil kesempatan untuk memandikan gajah. Penjaga gajah memberi kami kesempatan untuk menaiki gajah dan gajah itu pulak yang memandikan kami dengan air semburan dari belalai gajah tersebut huhuhuhuhu..what an interesting memory that we have!!

Dari situ kami bergerak ke Taman Herba yang terletak di alamat 57 Rambukkana Road, Rendeniya, Hiriwadunna, Kegalle Sri Lanka. Kami diberikan penerangan oleh staf di situ mengenai tumbuh tumbuhan herba yang terdapat di sana. Setelah itu kami diberikan taklimat mengenai pelbagai jenis minyak herba yang dijual di situ dan mereka menawarkan urutan leher menggunakan red oil. Urutan ini adalah percuma tetapi anda perlu memberikan tip kepada yg mengurut anda. Setelah membeli minyak angin di situ, staf yg memberikan penerangan kepada kami meminta tips kerana layanan terhadap kami. Wow menariknya 2 tempat yg kami lawati hari ini staf  memohon tip tanpa segan silu kepada para pengunjung.
Kemudian perjalanan diteruskan ke bandar Kandy melalui panorama Kadugannawa Kandy Mountain. Kami perlu melakukan solat jamak dan singgah di sebuah masjid tetapi kami tidak dapat masuk ke situ kerana masjid itu hanya untuk lelaki dan jemaah di situ meminta kami bergerak ke masjid berhampiran yg menyediakan ruang solat untuk perempuan. Pengalaman pertama saya berjumpa kes seumpamanya yg mana terdapat masjid untuk satu jantina sahaja. Kemudian kami singgah di Masjid Abdul Rahman untuk solat.
Perjalanan diteruskan dibandar Kandy yg sangat happening dengan sambutan Hari Krismas.  Terasa macam di KL dengan shopping complex dan kedai kedai yg lebih elok struktur bangunannya di kiri kanan. Kami singgah di kedai telefon untuk membeli simcard dan sempat bergambar dengan ikon panda. Kemudian kami ke restoran Islam iaitu restoren Kandayan Muslim Hotel And Restaurant. Disini kami menikmati makanan kuttu daging umpama meat chop yg dimakan dengan cheese. Dan sepinggan nasi goreng yg boleh dikongsi untuk dua orang. Harga makanan untuk sepinggan nasi goreng, sepinggan nasi goreng ayam, kuttu meat, 1 botol air mineral, 2 teh O dan 2 teh 0 halia baru berharga 1020 rupee sahaja. Dah kenyang kami menaiki kereta ke Hotel Ancient Langka dan melalui panorama malam yang indah sepanjang ke hotel. Sempat lagi kami bergambar kenangan dengan memberhentikan kereta untuk kami merakam gambar pemandangan bandar Kandy dari tanah tinggi yang terletak di Rajapihilla Mawatha, Kandy. Kami tiba di hotel pada pukul 8 waktu tempatan. Kami disambut dengan welcome drink jus durian belanda yg sangat sedap dan menyegarkan! Hotel ni terletak di kawasan yg agak terpencil dan kereta perlu mendaki hingga ke tempat lobi yang tinggi. Suasana dalam hotel ini cantik dan kelihatan mewah. Bilik kami mengadap pemandangan gunung ganang yg sangat cantik dan kawasan perumahan di tanah tinggi.

 

Telegram Channel