Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

27 December 2013

Travel to Yala National Park, Sri Lanka

Welcome to Yala
Like dreams come true

Day 6
Vikum Lodge, Yala, Sri Lanka
Cuaca yang sangat baik di pagi hari. Saya bangun seawal pukul 4 waktu tempatan dan mula berkemas dan menyiapkan diri. Breakfast manggi dan air teh dan memang best dapat mendengar bunyi kokokan ayam seperti suasana di kampung yang dingin di pagi hari. Kami diperkenalkan oleh tour guide kami dengan guide yang akan membawa kami ke Taman Negara Ruhunu Yala. Seawal pukul 6 pagi dia datang untuk menjemput kami dengan menggunakan jip. Wahh bestnya menaiki jip yang tidak mempunyai tingkap dan dari Lodge ke taman negara kami melalui daerah Tissamaharama iaitu kawasan sawah padi di kiri kanan mengingatkan saya kepada suasana kampung di Perak. Perjalanan lebih kurang 25 minit sahaja dari Lodge ke Taman Negara. Tiba di pintu masuk saya singgah sekejap ke toilet sementara menunggu guide membeli tiket. Alahai sepanjang saya berada di Sri Lanka, ini kali pertama saya melihat tandas yang agak tidak terjaga. Tidak sesuai dengan taraf taman negara yang menjadi tumpuan dunia kerana tandas tidak diselenggara dengan baik. Di pintu masuk ada ruang pameran mengenai haiwan liar di situ seperti tulang, haiwan yang diawetkan, dan maklumat mengenai haiwan liar di situ. 
Kami memulakan perjalanan dengan pakej 6 jam dan menggunakan jip kategori mewah dengan harga pakej 22000 rupee untuk 4 orang. Jip dikategori mewah kerana setiap orang mendapat satu seat masing masing berbeza dengan jip biasa umpama kerusi yang memuatkan beramai ramai orang dalam kerusi panjang dan hanya warga Sri Lanka sahaja yang melancong dengan jip tersebut. Di dalam jip kami, selain dari kami dan Asantha iaitu tour guide kami, terdapat seorang lagi budak warga Sri Lanka yang menemani driver itu sendiri. Terlalu banyak jip di dalam taman negara ini menunjukkan begitu ramai pelancong asing yang datang. Tapi sepanjang 6 jam di sini kami tidak nampak orang Melayu atau orang Islam yang bertudung. 
2 jam pertama memang menyeronokkan kerana kami begitu excited untuk menangkap gambar setiap haiwan yang kami saksikan dari kerbau, burung, buaya, ayam hutan, burung merak, burung pelican. Kami juga asyik menangkap gambar pemandangan yang cantik hasil suasana dalam Taman Negara itu sendiri yang asli dengan habitat semulajadi haiwan haiwan tersebut. Tiba di satu tempat, kawasan tersebut menjadi tempat tumpuan banyak jenis jip dan menjadi sesak. Jip tidak dapat bergerak kerana hampir semua jip berhenti disitu. Rupanya dikatakan harimau bintang berada di atas pokok di situ. Mendapat driver muda yang agak licik bagi jip kami tak taula nasib baik ke atau bernasib malang kerana driver itu membawa jip dengan agak laju dan licik memotong jip lain. Sewaktu di tempat yang jem di situ, driver kami sempat bertengkar dengan pelancong dari jip lain yg kurang senang dengan gaya pemanduan driver kami. tapi driver itu memang licik kerana membuka jalan untuk jip menjadi jalan dua hala. 

Apa yang menarik di sini ialah kami dapat melihat pelbagai jenis haiwan bebas dalam habitat mereka sendiri. Kami dapat melihat bagaimana pergerakan buaya dari darat ..masuk ke air dan keluar ke darat semula dengan begitu perlahan sehingga tidak mengeluarkan kocakan air dan bagaimana tenang sahaja air tersebut apabila buaya besar itu keluar masuk. Kami dapat mengambil gambar harimau bintang yang tidur di atas pokok di mana kami sangat berpuas hati kerana ia adalah agenda wajib untuk pelancong di sini. 3 jam pertama memang menyeronokkan kerana masing masing sibuk mengambil gambar tetapi 3 jam kemudiannya apabila haiwan yang sama juga yang kami asyik berjumpa, masing masing melayan fikiran dan pemandangan sahaja. Angin yang bertiup dan jalan jip yang agak teruk sepanjang 6 jam menyebabkan saya terlelap banyak kali kerana keletihan dan tidak cukup tidur. Memang best terlelap sebentar kerana saya benar benar terasa relax seperti menikmati angin laut di tepi pantai. Oh ye..driver membawa kami ke pantai di mana di sini kami dapat melihat batu peringatan mengenai kejadian tsunami yang melanda Taman Negara ini pada tahun 2004. Seramai 47 orang pengunjung yang terkorban yang  melibatkan antaranya 15 orang warga Jepun dan 29 orang warga tempatan, menyebabkan Taman Negara ini ditutup untuk pemulihan semula. 

Sewaktu ke Taman Negara ini kami membayangkan kami dapat melihat pelbagai jenis haiwan seperti sekawan gajah atau pelbagai haiwan dari jarak yang agak dekat seperti Safari Melaka rupa rupanya Taman Negara ini yang merupakan Taman Negara terbesar di Sri Lanka mempunyai jalan jip yang tersendiri dan bergantung kepada bertuah atau tidaknya kami untuk melihat haiwan tersebut kerana ia tidak dikelompokkan. Ia benar benar bebas di alam habitat mereka yang tersendiri. Diakhir trip kami berpuas hati sekarang kurangnya dapat melihat pelbagai jenis burung seperti merak, gagak, helang, pelican,dan 20 spesies haiwan yang lain seperti gajah, buaya, monyet, kerbau, babi hutan, ayam hutan, harimau bintang, kancil, 
Selesai trip di Taman Negara kami pun balik ke hotel untuk mengemas dan membersihkannya diri. Setelah itu pada pukul 2 kami memulakan perjalanan ke Ratnapura. Kami melalui jalan desa seperti kampung kampung dan menikmati pemandangan cantik . Kami berhenti di Restoran yang terletak di kawasan stesen minyak Perera and Sons yang terletak di nombor 392 Ganegama Pelmadulla, Ambalangoda untuk menikmati makan petang. Kali ini kami mencuba makanan nasi goreng seafood, nasi goreng seafood Mongolian dan nasi goreng ikan dengan harga 1,100 rupee manakala 3 air coke, 2 air orange dan sepotong kek dengan harga 295 rupee. Disini kami mempunyai masalah kerana sepatutnya kami akan mendaki Adams Peak tetapi setelah guide berbincang dengan manager disitu kami difahamkan yang guide sangat penat untuk mengikuti kami dan oleh sebab saya dan seorang lagi sahaja yang ingin mendaki maka tour guide agak berat hati untuk membenarkan kami naik memandangkan perjalanan mendaki waktu malam dan tour guide tidak ikut serta. Setelah berbincang kami bercadang untuk menuju ke Negombo sahaja dan melalui perjalanan hampir 5 jam pula dari Ambalangoda. Kali ni masing masing dah stres dengan perjalanan jip 6 jam. Kemudian 2 jam ke Ambalangoda dengan kereta dan kemudian 5 jam dengan kereta ke Negombo. Kami benar benar penat dengan jarak perjalanan yang jauh. Tiba di Windmill Hotel kami hanya mampu terima sahaja bilik kami dan perghh memang best melunjur kaki dan berbaring. Pukul 11.30 malam kami ke kedai dihadapan hotel dan menikmati air kelapa dengan harga 100 rupee untuk 1 biji kelapa. Kami dinasihatkan agar tidak ke kawasan pantai kerana ia agak membahayakan berjalan jalan di waktu malam bagi tourist perempuan. 


No comments: