27 December 2013

Travel Nuwara Eliya - Ella - Yala Sri Lanka

Day 5
Selamat tinggal Nuwara Eliya
Welcome to Ella

Pagi ni sejuk betul di Glenn Fall Inn. Tak tau kenapa sejuk sangat sampai susah nak tidur. Pagi ni berkemas sebab pagi ini kami check out untuk ke Ella. Breakfast kami macam semalam juga. Selepas bersiap pukul 8.30 waktu tempatan kami bertolak ke stesen keretapi Ambewela untuk menaiki keretapi ke Ella. Kami inginkan pengalaman menikmati pemandangan yang cantik menaiki keretapi kerana frust tiket keretapi dari Colombo ke Kandy habis jadi kami sangat berharap tiket dari Ambewela ke Ella masih ada. Sepanjang perjalanan ke stesen keretapi dari Glenn Fall Inn kami menikmati pemandangan yang sangat cantik. Kami melalui Educational Forest Park Kanda Ella,  tanaman sayuran kubis di Mellawalla, di mana sayur sayuran yang ditanam secara organik. Kami melalui Ambewela Milk Farm yang merupakan ladang ternakan lembu yang menghijau dan banyak betul lembu didapati disitu. Terdapat kincir angin di ladang ini dengan pemandangan yang cantik saujana mata memandang.

Akhirnya kami tiba di stesen Ambewela umpama stesen keretapi zaman 70an di Malaysia. Kami berjaya memperolehi tiket keretapi kelas tiga kerana itu sahaja yang available disini. Ini bermakna kami harus bersedia untuk berebut tempat duduk kelas ketiga yang merupakan tempat duduk first come first serve. Tiket hanya berharga 50 rupee sahaja untuk seorang dari Ambewela ke Ella untuk third class keretapi. Sementara menunggu keretapi, kami berposing di sekitar stesen keretapi. Wah keretapi datang memang jenis yang agak usang ! dan dari jauh kami nampak orang berdiri di dalam keretapi. So we get ready untuk berebut....kami berjaya mendapat tempat duduk kerana koc keretapi ya kami naik, ramai penumpang yang turun. Kebetulan koc kami juga terdapat ramai pelancong warga asing. Saya mendapat tempat di sebelah warga Sri Lanka yang membawa anak anaknya bersiar siar menaiki keretapi secara berulang alik untuk menikmati pengalaman menaiki keretapi. Keretapi ini mempunyai kerusi kayu yang boleh memuatkan beberapa orang asalkan muat untuk diduduki seperti kerusi saya duduk, boleh memuatkan duduk berhimpit himpit dengan seorang ibu warga Sri Lanka dengan 2 orang anak, saya dan seorang perempuan dari Italy. Pengalaman menaiki keretapi memang best kerana keretapi ni agak perlahan dan berhenti hampir di setiap stesen. Setiap kali memasuki terowong orang akan menjerit seronok. Setiap kali pemandangan yang cantik pula hampir semua orang berebut rebut ingin merakamkan pemandangan indah di tingkap keretapi dan oleh kerana koc ini dipenuhi oleh pelancong maka kami berebut rebut setiap tingkap keretapi..hahahaa suasana yang agak melucukan juga. Ada warga Sri Lanka yang menjual kacang dan air dalam keretapi. Akhirnya selepas 4 jam perjalanan dengan keretapi kami tiba di stesen Elle. Tour guide dah menunggu kami di situ. Sebelum meneruskan perjalanan ke Yala, kami singgah makan di sebuah restoran iaitu restoran Fish and Chips. Membayangkan 4 jam perjalanan lagi dengan kereta memang sangat memenatkan. Oleh itu mengisi perut memang menjadi keutamaan. Kami memesan 2 pinggan nasi goreng dan kari ikan, sepinggan fries and fish dan set nasi Sri Lanka iaitu nasi putih dengan 5 jenis lauk iaitu ikan kari, sayur terung, sayur kacang dal, beet root dan kentang. Tempah 3 gelas lima juice yang menyegarkan dan segelas air nanas dengan harga harga 2715 rupee. Segelas lima juice dengan harga 180 rupee. Disini pelancong asing kelihatan di mana mana sahaja. 

Dalam perjalanan ke Yala kami melalui lembah yang cantik di Rawana. Kami berhenti di Rawana Ella dan berposing di air terjun yang cantik. Disini saya belajar perkataan baru iaitu Ella means air terjun. Di sini banyak kuil dan kami tidak nampak masjid untuk bersolat. Kemudian kami masuk ke daerah Wellawaya untuk bersolat di masjid Monoragala Road, Wellawaya. Kami meneruskan perjalanan memasuki wilayah Tessa yang merupakan tanah pertanian sawah padi, tanaman jagung, kelapa dan pelbagai jenis tanaman pertanian lain. Perjalanan 2 jam yang sangat memenatkan dan kami terdiam. Kami tiba di Vikum Lodge, Yala pada pukul 7 malam waktu tempatan. Suasana Lodge disini ialah suasana kampung dan katil di Lodge ini dilengkapkan dengan kelambu yang benar benar mengingatkan saya memori dikampung bersama arwah nenek.


 

Telegram Channel