Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

29 December 2013

Welcome Negombo, Sri Lanka

Morning!
Welcome to Negombo
The beautiful beach
And lot of shop to window shopping

Day 7
Hari ni masing masing bangun agak lewat dari biasa sebab terlalu penat dengan perjalanan seharian semalam. Kami breakfast seperti biasa iaitu roti bakar dengan mentega dan jem dan kali ini saya meminta telur rebus memandangkan saya dah jemu dengan sarapan yang sama setiap pagi. Pemandangan dari balkoni hotel sambil bersarapan pagi agak memuaskan kerana di bumbung hotel dan dapat menikmati pemandangan laut di seberang jalan. Hotel Windmill ini terletak di pekan Negombo tetapi sayangnya hotel ini tidak terjaga dan keadaan dalam hotel ini agak daif sedikit dan mujurlah ini hotel terakhir untuk malam terakhir.
Hari ni misi berjalan jalan di pekan Negombo untuk membeli belah cenderamata dan kami berjalan dari kedai kedai Negombo sehingga ke pasar Negombo. Harga yang ditawarkan oleh kedai kecil lagi mahal dari kedai besar..satu pengajaran yang kami dapat memandangkan di kedai pertama kami ditawarkan harga yang agak mahal oleh sebab itu kami agak frust bila melihat kedai kedai selepas itu boleh menawarkan harga hampir separuh dari harga yang ditawarkan oleh kedai lain dengan kualiti kain yang sama. Kemudian kami bergerak ke shopping complex pula. Cuaca hari ni sangat panas. Kami ke Supermarket Aprico Supercentre di St Joseph 5 Street Negombo untuk membeli air tin dan jajan. Supermarket ini agak besar seperti  Tesco di Malaysia.

Kemudian kami bergerak ke restoran Makanan Islam iaitu Sameeha Hotel & Bake House. Restoran ini agak besar dan kami memilih tempat makan yang berhawa dingin. Disini kami mencuba 1 nasi goreng ayam, 2 nasi goreng udang, 1 nasi goreng sotong dan 2 ketul daging kambing. Minuman jus mix fruit, jus nenas, jus lobak merah dan Faluda dengan harga 2,959 rupee termasuk servis caj 269 rupee. Makanan disini memang sedap dan servis pun baik. Kami dilayan bukan sahaja oleh pelayan restoren tetapi dengan pengurus restoren disini. Makanan di Sri Lanka dihidang dalam kuantiti yang sangat banyak bagi satu hidangan dan kami terpaksa membungkus satu hidangan kerana terlalu kenyang walaupun 3 hidangan telah dikongsi untuk dimakan oleh 5 orang. Setelah itu kami bergerak ke Masjid Negombo untuk solat. Setelah bersolat kami berjalan jalan melihat kedai cenderamata di sepanjang jalan disitu.Setelah itu, kami ke pantai Negombo untuk menikmati pemandangan laut disini dan melihat matahari terbenam. Kawasan pantai sangat happening kerana ramai orang sedang mandi manda dan aktiviti menjual terdapat di kawasan pantai dengan gerai gerai jualan.  Sengaja ingin mencuba makanan disini kami membayar 90 rupee sahaja untuk seekor ketam kecil, vadee udang, dan 3 ketul vadee.

Bagi mengisi masa terluang kami menyewa tuk tuk dengan harga 300 rupee sahaja untuk 4 orang bagi meronda kawasan di sekitar Negombo. Pemanduan tuk tuk membawa kami ke arah pantai dan kami dapat melihat aktiviti orang menangkap ikan yang segar dari laut. Puas berposing kami terus balik semula ke pantai Negobo dan bertolak ke masjid Negobo untuk solat. Selesai solat kami pulang ke hotel untuk mengambil barang. Walaupun kami berada di masjid sewaktu azan maghrib berkumandang tetapi kawasan untuk perempuan bersolat tidak ada jemaah perempuan yang lain hanya kami semata mata. Selesai solat barulah saya perasan bahawa jemaah lelaki agak ramai . Selesai solat kami pulang ke hotel untuk mengambil barang. Kemudian kami menuju ke lapangan terbang yang hanya 30 minit sahaja dari hotel. Agak sukar mengucapkan selamat tinggal kepada Asantha yang bersama sama kami selama 6 hari di Sri Lanka. Kami benar benar berterima kasih kerana dia seorang yang baik dan bertanggungjawab dengan kebajikan kami sepanjang di sini. Lapangan terbang disini memang bersih kerana tukang cuci masih bertugas walaupun di malam hari. satu perkara yang menarik mengenai Sri Lanka ialah setiap bilik tandas tidak dilengkapi dengan tong sampah seperti setiap bilik tandas di Malaysia. Namun ia tetap bersih seperti sudah terdidik setiap orang bahawa membuang sampah di tempat yang sepatutnya.

No comments: