Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

27 September 2013

Majlis Perlantikan & Penghargaan Pengawas 2013

Thank you senior prefect
Congrats new committee

Hari ini merupakan hari perlantikan AJK pengawas bagi sesi 2013/2014 dan majlis penghargaan kepada semua pengawas tingkatan 5. Selaku AJK Hadiah saya bertugas untuk mengagihkan hadiah kepada semua pengawas senior. Diharapkan agar barisan kepimpinan yang baru dapat menggalas tanggungjawab dengan lebih komited.

AJK Pengawas 2013/2014







26 September 2013

Majlis Solat Hajat SMK Cheras 2013


Ya Allah!
Kami memohon kejayaan 
Dalam setiap ketentuan,
Tempat para syuhada' dan 
Kehidupan orang - orang bahagia
Serta kemenangan mengatasi musuh


Majlis tahunan solat hajat dijalankan di Masjid Azzubair di Taman Tenaga, Cheras memandangkan majoriti pelajar tinggal berhampiran kawasan ini dan kedudukan masjid juga tidak jauh dari sekolah. Saya bertugas selaku AJK Jemputan yang mana mengedarkan surat jemputan kepada semua pelajar Ting 3 dan Ting 5 yang terlibat dan mengutip sumbangan ikhlas dari ibu bapa untuk program majlis solat hajat ini.


25 September 2013

Motivasi Program Oleh En Osman Affan

 Cepat betul masa berlalu...

Tinggal 7 hari je lagi PMR dan 42 hari lagi untuk SPM.
UBK mengambil inisiatif menjemput penceramah yg terkenal iaitu En Osman Affan dan penulis buku motivasi untuk memberikan ceramah. Dengan kos sebanyak RM 10 bagi setiap pelajar dengan ceramah selama 2 jam, para pelajar sangat bersemangat dan seronok! Penceramah ini memang pandai menarik perhatian pelajar.
 

Di akhir sesi, para pelajar diminta menandatangani banner kecemerlangan SPM yang akan digantung di tapak perhimpunan. Pelajar dibenarkan meletakkan target dan keazaman mereka pada banner tersebut dan seiring dengan kata-kata dari penceramah  yang mengatakan matlamat mesti ditulis!  Apabila
 ditulis, otak akan bekerja dan berfikir untuk mencapai matlamat itu.



To all my PRS Form 5

Good luck ye untuk SPM.


22 September 2013

Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Zon Pudu 2013



Well done!

Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Zon Pudu dijalankan di SM Sains Alam Shah pada 2 Julai 2013 yang lepas. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan sketsa kerjaya, folio kerjaya, membina media maklumat kerjaya, poster kerjaya, melukis kain rentang kerjaya, Eksplorasi Alam Kerjaya.

Antara pertandingan yang dimenangi oleh kami ialah:
Johan Folio Kerjaya
Johan Eksplorasi Alam Kerjaya
Johan Sketsa Kerjaya
Tempat kedua Membina Media Maklumat
Johan keseluruhan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Wilayah Pudu 2013





21 September 2013

Family Day di Nur Lembah Pongsun

 Hi! This is my family



 

 Dah lama tak kumpulkan family besar PRS Ting 1 hingga 5 dalam satu program santai. Dgn idea Hawaii dari AJK Ting 4, perah otak jugakla the senior pikir pakaian yg menepati tema untuk dipakai. But suprise..they really look gorgeous! Program ini sebenarnya untuk meraikan ahli PRS Tingkatan 5 yang telah banyak berbakti kepada kami. Sejak menjadi guru kaunseling sekolah ini, saya lebih suka meraikan PRS Tingkatan 5 dalam bentuk yang santai dan dapat diraikan bersama-sama  junior PRS sambil mengadakan aktiviti yang menyeronokkan yang akan dikendalikan oleh junior PRS Tingkatan 4. Then the end of programme barulah sesi penyampaian hadiah dan sijil diadakan. Barulah ia menjadi kenangan manis yang lebih seronok untuk dikenang berbanding dengan makan makan kat hotel selama 2 jam dan balik!
                  




                  Thank you AJK Form 4 buatkan kalungan bunga yang menarik untuk setiap senior as a doorgift.
AJK form 4 sendiri  make an extra effort by making a skirt for each one as a remark for AJK.
Alahai ...so cute.
                                    


Program dimulakan dengan sesi ice breaking dan tagline program.

Kemudian acara treasure hunt bermula dengan 6 group berentap sesama mereka dan menyelesaikan misi di 6 checkpoint. Tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti treasure hunt kerana sangat luas dan peserta boleh menggunakan pelbagai kemudahan di sini untuk dijadikan checkpoint.




   Selesai sahaja aktiviti treasure hunt, pelajar rehat dengan minum pagi.


AKTIVITI WATER CONFIDENT DAN BERAKIT

 Peserta didedahkan dengan water confident bagi menyakinkan mereka dgn aktiviti air.

Kemudian peserta dibenarkan memilih kumpulan masing-masing dan membina rakit mereka sendiri dengan bantuan dari ahli bomba yang bertugas. Bagi menggunakan perkhidmatan ini, pelajar perlu membayar RM10 sahaja setiap orang bagi kos jurulatih dan menggunakan kemudahan rakit. Setelah itu setiap kumpulan dibahagi kpd 2 iaitu team A yang mengerakkan rakit dengan menggunakan pendayung ke seberang dan patah  balik ke tempat asal menggunakan tangan diikuti giliran team B menggerakkan rakit .
Peserta sangat letih tapi happy and enjoy with a new experience.





Kemudian kami berehat untuk makan tengah hari. Servis di sini memang bagus, pelayan yang menghidangkan makanan akan memastikan makanan mencukupi dan melayan sahaja kehendak kami apabila memerlukan itu ini dan pertambahan makanan. PA Sistem juga berfungsi dengan baik dan disediakan dari tempat asal kami berkumpul di padang nun jauh di hujung belakang kem, dipindahkan oleh pekerja ke tempat jamuan makan yang hanya terletak dihadapan kolam kami kerana saya bercadang mengadakan majlis penutup di situ sahaja sebaik sahaja selesai makan.

 penyampaian sijil dan cenderamata kpd
  • AJK Pembimbing Rakan Sebaya 
  • AJK PROSTAR
  • AJK Kelab Kerjaya
  •  





Akhir sekali, cikgu nak ucapkan tahniah kpd semua AJK yang menjayakan program ini dengan lancar dan menarik.dan kepada prs ting 5, terima kasih kerana banyak membantu unit kaunseling. Semoga korang berjaya dalam exam nanti. Terima kasih kepada PRS Tingkatan 4 yang bertindak selaku AJK idea dan kreativiti korang sangat superb dalam menjayakan misi hari ini.

Bagi yang berminat ke tempat ini sila https://nurecoresort.wordpress.com/nur-lembah-pangsun/


 

19 September 2013

Mesy Agong-Lunch Cruise Putrajaya

 Salam semua!
 Salam penuh kekenyangan...

Hari ni ada mesy agong GBK Pudu  plus jamuan akhir tahun tetapi diadakan lebih awal iaitu pd bulan September sbb nak kejar due date pengerusi Kak Hasni yg nak bersalin pada mid Oktober!
Tahun ni..saya ditugaskan untuk menjadi penyelaras projek jln jln so saya plan ke Krabi, Thailand..but tak ramai dpt join. I hate to cancel the programme that i well plan before. So i just proceed to make it happen!

Then for arrange end year party mmg aku volunteer la ..kat Cruise Putrajaya kerana memikirkan projek jalan-jalan yang kurang mendapat sambutan, so saya plan jamuan akhir tahun di tempat yang agak special dan terus terpikir Cruise Putrajaya dgn bajet RM 88 seorang... Capai target 57 org join! kerana hampir semua orang tidak pernah menikmati lunch di cruise ini. Dan memang itu kapasiti maksimum untuk pekej kami public cruise-lunch  bagi sebuah cruise untuk aktiviti lunch sambil belayar.

Masa meeting dengan rasminya aku dilantik sebagai pengerusi guru kaunseling pudu sesi 2014 dan 2015 yg baru. Thank you for the support! I really appreciate..but then it come with full responsibility.13 tahun jadi kaunselor..dgn 6 tahun pegang jawatan dlm board JK GBK Pudu. Setahun sebagai naib setiausaha, 2 tahun sbg setiausaha, 3 tahun sebagai juruaudit aku rasa aku boleh lepas dari sebarang jawatan selepas tu kerana bilangan guru kaunseling yg semakin bertambah di Pudu. Tahun tahun selepas tu, saya hanya bertindak sbg penyelaras antara projek mega zon tapi mmg tak sangka selepas 7 tahun tak berada dlm board AJK kena pilih jadi pengerusi pulak ! Terpilih sbg Pengerusi Wilayah Pudu means automatik join board guru kaunseling Kuala Lumpur. Maybe inila hikmahnya tak dpt further study next year kerana khidmat aku diperlukan dan aku akan busy double triple for the next 2 years.
#statement pujuk hati sendiri tak dpt further study!!



Bilik menunggu Cruise memang sangat selesa sambil rasa macam nak terlena menunggu cruise tiba. Saya hanya perlu membayar baki deposit bayaran pakej public lunch - cruise di kaunter dan urusan sangat mudah kerana pegawai pemasaran yang deal dengan saya sejak awal lagi membantu pengurusan menjadi cepat. Kami perlu berada di situ sekurang-kurangnya 30 minit sebelum pukul 1.00 kerana pada pukul 1.00 cruise akan bergerak. Menjejakkan kaki ke dalam cruise, kami dilayan dengan baik oleh kapten dan seorang jurupandu yang petah bercakap sambil menerangkan pelbagai tempat menarik yang kami lihat sepanjang belayar.

Kami meraikan Pn Song Cheng Ing guru kaunseling yang telah bersara di Zon Pudu dan saya sangat terharu di atas kesudiannya hadir menerima jemputan kami. Ini kerana Pn Song antara guru kaunseling terawal dan kami telah bersama hampir 14 tahun bersama. Banyak moment suka duka bersamanya dan antara senior yang saya hormati.Dengan kemudahan PA Sistem yang baik, urusan menjadi mudah dan Puan Song dijemput untuk memberikan ucapan.

Setelah itu, makanan dihidang secara buffet dengan pakej makanan yang menyelerakan. Cuaca agak panas terik di luar tidak menghalang kami untuk naik ke atas dek dan bergaya sakan ! Dengan angin yang bertiup agak kuat..huhu memang saya antara yang tidak tahan panas ...cepat-cepat turun bila bergambar lebih kurang 15 minit di atas dek.Pemandangan Putrajaya memang memukau dari dalam cruise..dan kami mencuci mata melihat banglo mewah Lim Kok Wing dan Tun Dr Mahathir selain dari pelbagai rekaan unik banglo mewah yang lain. Terlalu pesat pembangunan Putrajaya, banyak bangunan dibina.

Iye..apabila kita seronok ..memang cepat terasa masa berlalu dah 1 jam 30 minit pelayaran kami. Hopefully semua orang enjoy hari ini.














 

16 September 2013

Pesona Pulau Kapas-Terengganu

 Pantai dan hutan,
 Keindahan dan ketenangan,
 Mendamaikan hati

Last minit plan to Pulau Kapas..pulau yg kecil dan tidak banyak resort berbanding Pulau Redang atau Pulau Perhentian. So hampir putus asa sebab semua resort penuh dan nak menjadi rezeki jugak untuk menginap di situ bila call the last resort. So there we are. Perkhidmatan bot yang sentiasa ada keluar masuk memudahkan kerana kami tidak perlu menunggu lama. Menaiki bot dari jeti Marang ke Pulau Kapas selama 10 minit sahaja dah tiba.... wow ! memang cantik laut pantai Terengganu. Teringat kali terakhir ke sini 15 tahun lepas sewaktu belajar di UPM Terengganu dgn geng Kadet Puteri untuk aktiviti kokurikulum. Sewaktu tu saya memegang jawatan Pengerusi dan kami pergi for a day trip sahaja . Tempat ini memang tidak banyak perubahan. Masih di jeti yg sama cuma suasana di jeti Marang  meriah dgn aktiviti jual beli dgn makanan Terengganu yg pelbagai rupa dan rasa. 

Kat Pulau Kapas ni, Taman Laut nya dari pantai mmg dah nampak byk ikan yg berenang ke sana sini terutama ikan nemo. Tak perlu pakai alat snorkeling pun dah nampak jelas kerana airnya yg sangat jernih. Lingkungan beberapa meter dari pantai, ada batu karang yg cantik dan pelbagai jenis ikan. Oleh kerana taman lautnya lebih kecil berbanding Pulau Redang dan Pulau Perhentian pelantar pelampung di laut tidak ada. Tapi yg tak bestnya ketika ini ialah banyak obor obor yg menganggu untuk berenang dengan selesa. So sempat juga buat aktiviti menangkap obor -obor dgn orang lain yg ada disitu. Oleh sebab pulau ni dekat, memang ramai org yg dtg untuk day trip sahaja iaitu datang dari pagi dgn bot laju dan berkelah di situ dan pulang semula pada waktu petang. Memang ramai betul orang di sebelah pagi dgn bot laju dari pelbagai saiz keluar masuk.dan ada yang bawa makanan untuk picnic semata -mata di tepi pantai chalet yang ada. Macam pantai Port Dickson pulak,  meriah betul  orang  ramai yang datang. Pukul 2 barulah agak surut dan cuaca pulak tak begitu baik. Wow pemandangan indah kombinasi menarik laut yang berombak, angin yang bertiup kencang dan awan yang sarat hitam menyebabkan saya rasa terpaku dan tidak mahu berganjak menikmati pemandangan. Hanya apabila hujan mula turun dari renyai ke hujan lebat barulah saya beralah. Ketika ini saya teringat sewaktu day trip bersama Kadet Puteri UPM Terengganu, ketika tu saya memegang jawatan sebagai Pengerusi Kadet Puteri. Sewaktu balik dari Pulau Kapas menuju ke jeti, kami berpecah 2 bot. Cuaca buruk seperti sekarang dan pemandu bot tidak nampak laluan. Agak mencemaskan semua orang apabila laut bergelora dan pemandu bot kelihatan resah dan berhenti di tengah laut kerana tidak pasti hendak menuju ke mana. Cuaca semakin gelap menyukarkan pemandangan dan kelihatan peserta dari junior mahupun senior ada yang sudah menangis dan stres. Masa ni hanya Allah yang tau perasaan saya, tetapi sebagai ketua saya cuba mengawal keadaan dan bersikap tenang.. tetapi apabila kami berjaya tiba di jeti dengan bantuan ..dan disambut oleh penasihat Kadet Puteri huhu barulah keluar air mata !