Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

31 December 2013

Hari Orientasi Ting 1 SMK Cheras: BYE 2013..

Selamat malam
Malam terakhir 2013
Semoga tahun 2014
Harapan tidak tinggal harapan
Moga anganku jadi kenyataan.

Hari ni merupakan hari suaikenal pelajar peralihan dan tingkatan 1 . Seperti tahun lepas kami berpecah dua iaitu di tapak perhimpunan untuk student dan di dewan untuk ibu bapa. Seramai 254 parent yang hadir satu jumlah yang agak besar kehadiran ibu bapa ke sekolah. Tahun ini aturcara agak padat bagi taklimat ibu bapa dengan penambahan taklimat VLE Frog dan PBS serta penceramah jemputan yang akan menyentuh isu keibubapaan. Saya bertugas di dewan manakala Rozi di dataran perhimpunan mengawasi para pelajar. Padali selaku runner ke sana ke mari.

Slot di dataran perhimpunan ialah taklimat disiplin, taklimat kelas muzik, taklimat kelas bahasa Arab, taklimat guru kaunseling dan barulah ke kelas untuk pendaftaran dan mendapatkan buku teks. Manakala taklimat di dewan lebih kepada ucapan PIBG memandangkan sekolah akan menyambut Jubli Emas tahun ini, ucapan pengetua dan slot keibu bapaan, taklimat kelas bahasa Arab, taklimat kelas muzik, taklimat kaunseling mengenai perjalanan program sepanjang minggu orientasi dan perkhidmatan UBK dan akhir sekali taklimat oleh Setiausaha PBS.


Setiausaha PBS juga menekankan penting kehadiran anak ke sekolah kerana guru akan menjalankan pentaksiran di sekolah seawal tingkatan satu. Pada tahun ini juga semua urusan pendaftaran tingkatan satu dijalankan secara online begitu juga permohonan bertukar. Hanya bagi yang tidak dapat bertukar sekolah sahaja maka diadakan permohanan bertukar secara manual pada 10 Januari nanti. 






Album Foto PRS SMK Cheras 2001 - 2013

My memory lane
The reason to smile :)


Membelek gambar album PRS. Zaman teknologi masih menggunakan Kodak. Sekarang ini gunakan whatsapp je dah gambar tersebar ke merata dunia. Dahulu nak tengok gambar pun ambil masa, bila masa gambar dijual memang berebut rebut student nak beli terutama gambar untuk majalah sekolah. Sekarang ini nak jual gambar pun susah sebab cukup kalau ada wakil yang beli kemudiannya pandai pandai pelajar ini alter gambar tu untuk dijadikan kenangan.
Bersama team PRS 2001 projek EAK batch pertama

PRS Batch Ting 5 2001/2002

Team PRS 2003 batch EAK pertama ke peringkat kebangsaan


PRS Batch 2004



PRS Batch 2007/2008

Team PRS 2006/2007

Batch 2006/2007

PRS Batch 2004/2005

PRS Batch 2004/2005

PRS Batch 2011/2012

PRS Batch 2010/2011

PRS 2010/2011

PRS Batch 2010/2011





30 December 2013

Bye bye Sri Lanka

Day 8
Good Bye Sri Lanka

Kami meninggalkan Sri Lanka dengan seribu memori. Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 untuk kami masuk ke flight MAS. Flight akan bertolak pada pukul 1.00 pagi waktu tempatan iaitu lebih kurang pukul 3.30 pagi waktu Malaysia which is our bedtime. Satu perkara tentang Sri Lanka ketika kami ingin melepasi imigresen ialah kami perlu membuka kasut satu perkara yang tidak pernah saya alami ketika berlepas dari negara luar. Suasana dalam balai menunggu lapangan terbang sangat moden dan besar. Kelihatan ramai orang disini yang tidur di bangku dan ramai pengunjung lalu lalang di hadapan saya sepanjang 2 jam disitu.


29 December 2013

Welcome Negombo, Sri Lanka

Morning!
Welcome to Negombo
The beautiful beach
And lot of shop to window shopping

Day 7
Hari ni masing masing bangun agak lewat dari biasa sebab terlalu penat dengan perjalanan seharian semalam. Kami breakfast seperti biasa iaitu roti bakar dengan mentega dan jem dan kali ini saya meminta telur rebus memandangkan saya dah jemu dengan sarapan yang sama setiap pagi. Pemandangan dari balkoni hotel sambil bersarapan pagi agak memuaskan kerana di bumbung hotel dan dapat menikmati pemandangan laut di seberang jalan. Hotel Windmill ini terletak di pekan Negombo tetapi sayangnya hotel ini tidak terjaga dan keadaan dalam hotel ini agak daif sedikit dan mujurlah ini hotel terakhir untuk malam terakhir.
Hari ni misi berjalan jalan di pekan Negombo untuk membeli belah cenderamata dan kami berjalan dari kedai kedai Negombo sehingga ke pasar Negombo. Harga yang ditawarkan oleh kedai kecil lagi mahal dari kedai besar..satu pengajaran yang kami dapat memandangkan di kedai pertama kami ditawarkan harga yang agak mahal oleh sebab itu kami agak frust bila melihat kedai kedai selepas itu boleh menawarkan harga hampir separuh dari harga yang ditawarkan oleh kedai lain dengan kualiti kain yang sama. Kemudian kami bergerak ke shopping complex pula. Cuaca hari ni sangat panas. Kami ke Supermarket Aprico Supercentre di St Joseph 5 Street Negombo untuk membeli air tin dan jajan. Supermarket ini agak besar seperti  Tesco di Malaysia.

Kemudian kami bergerak ke restoran Makanan Islam iaitu Sameeha Hotel & Bake House. Restoran ini agak besar dan kami memilih tempat makan yang berhawa dingin. Disini kami mencuba 1 nasi goreng ayam, 2 nasi goreng udang, 1 nasi goreng sotong dan 2 ketul daging kambing. Minuman jus mix fruit, jus nenas, jus lobak merah dan Faluda dengan harga 2,959 rupee termasuk servis caj 269 rupee. Makanan disini memang sedap dan servis pun baik. Kami dilayan bukan sahaja oleh pelayan restoren tetapi dengan pengurus restoren disini. Makanan di Sri Lanka dihidang dalam kuantiti yang sangat banyak bagi satu hidangan dan kami terpaksa membungkus satu hidangan kerana terlalu kenyang walaupun 3 hidangan telah dikongsi untuk dimakan oleh 5 orang. Setelah itu kami bergerak ke Masjid Negombo untuk solat. Setelah bersolat kami berjalan jalan melihat kedai cenderamata di sepanjang jalan disitu.Setelah itu, kami ke pantai Negombo untuk menikmati pemandangan laut disini dan melihat matahari terbenam. Kawasan pantai sangat happening kerana ramai orang sedang mandi manda dan aktiviti menjual terdapat di kawasan pantai dengan gerai gerai jualan.  Sengaja ingin mencuba makanan disini kami membayar 90 rupee sahaja untuk seekor ketam kecil, vadee udang, dan 3 ketul vadee.

Bagi mengisi masa terluang kami menyewa tuk tuk dengan harga 300 rupee sahaja untuk 4 orang bagi meronda kawasan di sekitar Negombo. Pemanduan tuk tuk membawa kami ke arah pantai dan kami dapat melihat aktiviti orang menangkap ikan yang segar dari laut. Puas berposing kami terus balik semula ke pantai Negobo dan bertolak ke masjid Negobo untuk solat. Selesai solat kami pulang ke hotel untuk mengambil barang. Walaupun kami berada di masjid sewaktu azan maghrib berkumandang tetapi kawasan untuk perempuan bersolat tidak ada jemaah perempuan yang lain hanya kami semata mata. Selesai solat barulah saya perasan bahawa jemaah lelaki agak ramai . Selesai solat kami pulang ke hotel untuk mengambil barang. Kemudian kami menuju ke lapangan terbang yang hanya 30 minit sahaja dari hotel. Agak sukar mengucapkan selamat tinggal kepada Asantha yang bersama sama kami selama 6 hari di Sri Lanka. Kami benar benar berterima kasih kerana dia seorang yang baik dan bertanggungjawab dengan kebajikan kami sepanjang di sini. Lapangan terbang disini memang bersih kerana tukang cuci masih bertugas walaupun di malam hari. satu perkara yang menarik mengenai Sri Lanka ialah setiap bilik tandas tidak dilengkapi dengan tong sampah seperti setiap bilik tandas di Malaysia. Namun ia tetap bersih seperti sudah terdidik setiap orang bahawa membuang sampah di tempat yang sepatutnya.

27 December 2013

Travel to Yala National Park, Sri Lanka

Welcome to Yala
Like dreams come true

Day 6
Vikum Lodge, Yala, Sri Lanka
Cuaca yang sangat baik di pagi hari. Saya bangun seawal pukul 4 waktu tempatan dan mula berkemas dan menyiapkan diri. Breakfast manggi dan air teh dan memang best dapat mendengar bunyi kokokan ayam seperti suasana di kampung yang dingin di pagi hari. Kami diperkenalkan oleh tour guide kami dengan guide yang akan membawa kami ke Taman Negara Ruhunu Yala. Seawal pukul 6 pagi dia datang untuk menjemput kami dengan menggunakan jip. Wahh bestnya menaiki jip yang tidak mempunyai tingkap dan dari Lodge ke taman negara kami melalui daerah Tissamaharama iaitu kawasan sawah padi di kiri kanan mengingatkan saya kepada suasana kampung di Perak. Perjalanan lebih kurang 25 minit sahaja dari Lodge ke Taman Negara. Tiba di pintu masuk saya singgah sekejap ke toilet sementara menunggu guide membeli tiket. Alahai sepanjang saya berada di Sri Lanka, ini kali pertama saya melihat tandas yang agak tidak terjaga. Tidak sesuai dengan taraf taman negara yang menjadi tumpuan dunia kerana tandas tidak diselenggara dengan baik. Di pintu masuk ada ruang pameran mengenai haiwan liar di situ seperti tulang, haiwan yang diawetkan, dan maklumat mengenai haiwan liar di situ. 
Kami memulakan perjalanan dengan pakej 6 jam dan menggunakan jip kategori mewah dengan harga pakej 22000 rupee untuk 4 orang. Jip dikategori mewah kerana setiap orang mendapat satu seat masing masing berbeza dengan jip biasa umpama kerusi yang memuatkan beramai ramai orang dalam kerusi panjang dan hanya warga Sri Lanka sahaja yang melancong dengan jip tersebut. Di dalam jip kami, selain dari kami dan Asantha iaitu tour guide kami, terdapat seorang lagi budak warga Sri Lanka yang menemani driver itu sendiri. Terlalu banyak jip di dalam taman negara ini menunjukkan begitu ramai pelancong asing yang datang. Tapi sepanjang 6 jam di sini kami tidak nampak orang Melayu atau orang Islam yang bertudung. 
2 jam pertama memang menyeronokkan kerana kami begitu excited untuk menangkap gambar setiap haiwan yang kami saksikan dari kerbau, burung, buaya, ayam hutan, burung merak, burung pelican. Kami juga asyik menangkap gambar pemandangan yang cantik hasil suasana dalam Taman Negara itu sendiri yang asli dengan habitat semulajadi haiwan haiwan tersebut. Tiba di satu tempat, kawasan tersebut menjadi tempat tumpuan banyak jenis jip dan menjadi sesak. Jip tidak dapat bergerak kerana hampir semua jip berhenti disitu. Rupanya dikatakan harimau bintang berada di atas pokok di situ. Mendapat driver muda yang agak licik bagi jip kami tak taula nasib baik ke atau bernasib malang kerana driver itu membawa jip dengan agak laju dan licik memotong jip lain. Sewaktu di tempat yang jem di situ, driver kami sempat bertengkar dengan pelancong dari jip lain yg kurang senang dengan gaya pemanduan driver kami. tapi driver itu memang licik kerana membuka jalan untuk jip menjadi jalan dua hala. 

Apa yang menarik di sini ialah kami dapat melihat pelbagai jenis haiwan bebas dalam habitat mereka sendiri. Kami dapat melihat bagaimana pergerakan buaya dari darat ..masuk ke air dan keluar ke darat semula dengan begitu perlahan sehingga tidak mengeluarkan kocakan air dan bagaimana tenang sahaja air tersebut apabila buaya besar itu keluar masuk. Kami dapat mengambil gambar harimau bintang yang tidur di atas pokok di mana kami sangat berpuas hati kerana ia adalah agenda wajib untuk pelancong di sini. 3 jam pertama memang menyeronokkan kerana masing masing sibuk mengambil gambar tetapi 3 jam kemudiannya apabila haiwan yang sama juga yang kami asyik berjumpa, masing masing melayan fikiran dan pemandangan sahaja. Angin yang bertiup dan jalan jip yang agak teruk sepanjang 6 jam menyebabkan saya terlelap banyak kali kerana keletihan dan tidak cukup tidur. Memang best terlelap sebentar kerana saya benar benar terasa relax seperti menikmati angin laut di tepi pantai. Oh ye..driver membawa kami ke pantai di mana di sini kami dapat melihat batu peringatan mengenai kejadian tsunami yang melanda Taman Negara ini pada tahun 2004. Seramai 47 orang pengunjung yang terkorban yang  melibatkan antaranya 15 orang warga Jepun dan 29 orang warga tempatan, menyebabkan Taman Negara ini ditutup untuk pemulihan semula. 

Sewaktu ke Taman Negara ini kami membayangkan kami dapat melihat pelbagai jenis haiwan seperti sekawan gajah atau pelbagai haiwan dari jarak yang agak dekat seperti Safari Melaka rupa rupanya Taman Negara ini yang merupakan Taman Negara terbesar di Sri Lanka mempunyai jalan jip yang tersendiri dan bergantung kepada bertuah atau tidaknya kami untuk melihat haiwan tersebut kerana ia tidak dikelompokkan. Ia benar benar bebas di alam habitat mereka yang tersendiri. Diakhir trip kami berpuas hati sekarang kurangnya dapat melihat pelbagai jenis burung seperti merak, gagak, helang, pelican,dan 20 spesies haiwan yang lain seperti gajah, buaya, monyet, kerbau, babi hutan, ayam hutan, harimau bintang, kancil, 
Selesai trip di Taman Negara kami pun balik ke hotel untuk mengemas dan membersihkannya diri. Setelah itu pada pukul 2 kami memulakan perjalanan ke Ratnapura. Kami melalui jalan desa seperti kampung kampung dan menikmati pemandangan cantik . Kami berhenti di Restoran yang terletak di kawasan stesen minyak Perera and Sons yang terletak di nombor 392 Ganegama Pelmadulla, Ambalangoda untuk menikmati makan petang. Kali ini kami mencuba makanan nasi goreng seafood, nasi goreng seafood Mongolian dan nasi goreng ikan dengan harga 1,100 rupee manakala 3 air coke, 2 air orange dan sepotong kek dengan harga 295 rupee. Disini kami mempunyai masalah kerana sepatutnya kami akan mendaki Adams Peak tetapi setelah guide berbincang dengan manager disitu kami difahamkan yang guide sangat penat untuk mengikuti kami dan oleh sebab saya dan seorang lagi sahaja yang ingin mendaki maka tour guide agak berat hati untuk membenarkan kami naik memandangkan perjalanan mendaki waktu malam dan tour guide tidak ikut serta. Setelah berbincang kami bercadang untuk menuju ke Negombo sahaja dan melalui perjalanan hampir 5 jam pula dari Ambalangoda. Kali ni masing masing dah stres dengan perjalanan jip 6 jam. Kemudian 2 jam ke Ambalangoda dengan kereta dan kemudian 5 jam dengan kereta ke Negombo. Kami benar benar penat dengan jarak perjalanan yang jauh. Tiba di Windmill Hotel kami hanya mampu terima sahaja bilik kami dan perghh memang best melunjur kaki dan berbaring. Pukul 11.30 malam kami ke kedai dihadapan hotel dan menikmati air kelapa dengan harga 100 rupee untuk 1 biji kelapa. Kami dinasihatkan agar tidak ke kawasan pantai kerana ia agak membahayakan berjalan jalan di waktu malam bagi tourist perempuan.