Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

19 January 2014

Kaunseling Keluarga

Selamat hari Thaipusam
Berdentum dentum  bunyi mercun di luar

                                      
   
Sambung mengenai ceramah semalam. Disebelah petang kursus bersambung dengan Ceramah kedua bertajuk Kaunseling Keluarga Dari Perspektif Islam oleh Prof Madya Dr Siti Aisah Bt Hassan selaku pensyarah UPM. 

Tak tau lah kenapa memang sejak dari zaman belajar lagi kaunseling keluarga ialah cabang kaunseling yang memang tidak menarik minat saya. Pensyarah atau penceramah memang bagus tapi tak dapat mengekalkan minat saya untuk terus mendengar atau berangan melanjutkan pelajaran dengan cabang ini. Saya selalu beranggapan time study dulu yang saya akan deal dengan student which is my core bisnes so cabang kaunseling keluarga ni tak lah berapa nak penting sangat. Tapi bila dah jadi kaunselor ni, selain dari student saya juga deal dengan  masalah keluarga yang diluahkan oleh guru guru yang percaya untuk bercerita dengan saya malahan staf sekolah! Saya memang seorang pendengar yang baik tetapi menjadi kaunselor keluarga memang saya cuba untuk mengelak krn bukan kepakaran saya. Saya hanya boleh merujuk tempat tempat yang sesuai untuk mereka rujuk ke peringkat seterusnya dan saya hanya memberi jalan untuk mereka berbincang dengan orang yang lebih sesuai.
Bila deal dengan masalah student, pada peringkat kaunselor harus berjumpa dengan ibu bapa student...tidak menghairankan apabila perbincangan akan bertukar menjadi masalah antara ibu dan bapa pula yang mengakibatkan tempias kepada masalah disiplin anak. Oleh itu ilmu undang undang keluarga Islam amat penting untuk saya rujuk dari semasa ke semasa kerana membantu konsultasi dengan golongan ibu khususnya apabila berhadapan dengan masalah penderaan anak yang mana ibu juga didera. Masalah ibu yang berhadapan dengan masalah kewangan apabila diabaikan nafkah wang oleh suami, masalah ibu yang ditinggalkan begitu sahaja dan membesarkan anak tanpa suami dan pelbagai masalah lagi yang tidak terjangkau oleh fikiran saya. Menjadi kaunselor di sekolah menengah harian biasa yang mana kebanyakan pelajar datangnya dari status ekonomi yang rendah dan sederhana sahaja. Kebanyakan ibu tidak bekerja atau menjadi pekerja biasa dan kurang mahir dengan hak mereka dan malu untuk bercerita masalah rumahtangga untuk mendapatkan pertolongan dari agensi tertentu. oleh itu pergantungan mereka terhadap suami adalah tinggi sehingga sukar bagi mereka untuk memulakan langkah pertama merujuk kes ke pihak pihak tertentu.
Well inilah yang dikatakan pakej..membantu kes anak disamping membantu ibu itu sendiri mencari kekuatan untuk memulakan langkah pertama..untuk masa depan dirinya dan keluarganya sendiri. Yang penting hak anak anak terbela. Sering saya menjalankan sesi kaunseling dengan pelajar yang mempunyai kes keluarga yang bermasalah, saya tidak terkejut dengan respon yang diberikan hampir majoriti lebih suka jika ibu bapa mereka bercerai kerana boleh menggembirakan keluarga agar dapat hidup dengan lebih baik walaupun perasaan sayang kepada kedua ibu bapa masih ada. Ada juga yang telah membenci ibu atau bapa mereka dan lebih suka mereka bercerai. 

Tidak dinafikan bukan semua kes disebabkan oleh para bapa ada juga disebabkan oleh ibu. Tapi of course mana ada bapa yang akan menceritakan kepada saya..tersebut sipi sipi je bila kita berbincang kes anak. Selebihnya pelajar yang akan menceritakan kepada saya. 

No comments: