Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

23 January 2014

Sidang Kemuncak Lembaga Kaunselor


Hari bermakna
Bertemu kawan lama
Selepas 10 tahun tidak bersua
Tersingkap memori lama
Hari ini ke kementerian ....untuk program sidang kemuncak lembaga kaunselor 2014. Part paling best jumpa balik my best friend yg dah 10 tahun tak jumpa. Last masa dia kahwin then lost contact lepas telefon hilang tahun 2004 dan saya terus tukar nombor telefon. Kami sangat rapat tahun kedua degree kaunseling sekitar 1999 hingga 2000. Nila bestnya bila attend program peringkat kebangsaan boleh jumpa kawan lama.
Apa yg menarik pada program hari ni ialah mengenai pengisian program selain dirasmikan oleh YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
1) isu isu kaunseling dalam komuniti
    Part ni yang paling menarik perhatian audien ialah presentation dari SUPT Ong Chin Lan mengenai       Kaunseling Dalam PDRM mengenai Pusat Khidmat Sokongan Mangsa dan Child Interview Center yang digunakan untuk kes Kanak Kanak. Satu expose yg sangat berguna dan sekarang saya memahami dengan lebih baik bagaimana student saya melalui Interview dengan polis bagi kes yang dialami oleh mereka berdasarkan persembahan multimedia dan video yang ditunjukkan.
2) Isu - isu, Cabaran Dan Peranan Kaunselor Dalam Komuniti
3) Dasar & Pelan Tindakan Amalan Kaunseling Profesional Negara. 
Masa ni kami dalam kumpulan dibantu oleh fasilitator . Kumpulan guru kaunseling sekolah dipimpin oleh Prof Madya Dr Ahmad Jazimin Jusoh..banyak betul isu yang dibentangkan. Antaranya mengenai ratio guru kaunseling dan pelajar dikecilkan. Buat masa ini hanya seorang guru kaunseling untuk 500 pelajar. cadangan untuk mengecilkan jumlahnya menjadi seorang guru kaunseling untuk 300 pelajar. Penambahbaikan skim pemantauan guru kaunseling kerana guru akademik diukur melalui kejayaan akademik pelajar tetapi bagaimana menilai guru kaunseling dan KPI nya ? Skim perkhidmatan ditambah baik dari segi perjawatan dan pelbagai isu lagi. Dan cadangan satu institusi untuk melatih kaunselor dengan kursus dan teknik baru.

4) Perasmian
Apa yang menarik minat saya dalam ucapannya mengenai kaunselor. 'kaunselor seorang pendengar yang baik dan selalu mendengar masalah orang. Bagaimana pula jika kaunselor itu bermasalah adakah dia akan merujuk kepada kawan-kawan kaunselor juga, bagaimana dia berhadapan dengan masalahnya'
Bertugas sebagai kaunselor hampir 14 tahun, saya imun dengan segala masalah orang lain dan memang born to be kot sejak dari zaman sekolah saya selalu dijadikan sumber rujukan..kononla orang suka kata saya baik. Dengan etika tidak mendedahkan cerita kepada orang lain, saya dah terbiasa menyimpan sendiri untuk pelbagai kes dan cuba membantu klien menghadapi masalah. Hati saya sangat sensitif masa tahun pertama mula bertugas jadi kaunselor haisyy mata berkaca -kaca kalau klien bercerita masalah sedih. Then dah train diri untuk bersikap lebih neutral dengan body language yang sepatutnya. Yes...bila ada masalah sendiri dah terbiasa juga untuk simpan sendiri and try my own coping skill without refer to anyone...tak tau bagaimana ketahanan mental orang lain..can survive that way or not  but for me dah terbiasa i am a client and i am also a counselor for myself. Bukan tak percaya orang lain untuk berkongsi masalah..but again maybe with my personality, so the skill and knowledge really help me a lot when i struggle with my own problem.


Kesimpulannya objektif sidang hari ini memang mencapai objektif  sebagai platform kepada kaunselor berdaftar untuk berkongsi pandangan dan pengalaman melibatkan isu isu transformasi perkhidmatan kaunseling Malaysia dalam membina masyarakat yang sejahtera.

No comments: