2 February 2014

Analisa Saringan Minda Sihat Ting 4

Hari minggu yang panas
Ke Jusco window shopping
Then berbasikal pusing perumahan
Release fizikal dan mental
Barulah emosi terkawal.

Hari ni bongkar sekotak homework dari sekolah. Apalagi saringan minda sihat form 4 yang lepas. Well 41 student perlu dirujuk ke kaunselor terlebih dahulu sebelum dirujuk ke doktor perubatan. Dari jumlah itu pelajar perempuan yg terlibat ialah 28 orang yg mana 12 org yg mendapat skor teruk atau sangat teruk bagi stress atau depress. Manakala 16 orang mendapat skor teruk atau sangat teruk bagi anxiety. Pelajar lelaki pula 12 org terlibat dengan skor teruk atau sangat teruk bagi stress atau depress. Manakala 9 orang mendapat skor teruk atau sangat teruk bagi anxiety.
Dari bilangan itu terdapat penambahan pelajar lelaki yang dirujuk. Dan pada tahun ini dari 12 jumlah lelaki yg dirujuk atas dasar skor teruk/ sangat teruk bagi stress/ depress seramai 6 orang terlibat dengan sangat teruk kemurungan yg memerlukan tindakan segera dan didapati seorang pelajar mendapat sangat teruk bagi semua skor stress, anxiety dan depress. Pelajar perempuan pula hanya 3 orang mendapat skor sangat teruk depress. 

Dari kes yg saya kendalikan dua tahun ni untuk projek minda sihat, pelajar yg mendapat sangat teruk bagi  dua item iaitu depress dgn stress cenderung untuk mencederakan diri dan berdepan dgn kes yang sangat tragis dalam hidup mereka hingga menimbulkan trauma atau berlaku sesuatu dlm kehidupan mereka hingga mencederakan emosi mereka. Once sesi kaunseling dijalankan, kekerapan untuk bertemu ialah seminggu sekali bergantung kepada kes hingga perbincangan dengan kaum keluarga atau dirujuk terus ke klinik kesihatan untuk berjumpa doktor dengan ditemani waris. Setelah itu barulah doktor akan merujuk ke pakar perubatan psikologi atau keluarga di HUKM. Jika didapati masih ada unsur untuk mencederakan diri dan student terancam, mereka akan terus dihantar ke HUKM dari klinik untuk appointment segera. Pada ketika ini, ibu bapa yg perlu memainkan peranan yg aktif dengan menemani anak apabila ada appointment dengan pakar.
Jika kes tidak begitu serius, pelajar akan diberi appointment dgn pakar HUKM sama ada memakan masa berminggu atau sebulan. Sementara menunggu tarikh appointment, pelajar akan terus berada di bawah pengawasan guru kaunseling dan mengikuti intervensi sesi kaunseling agar student dapat bercerita masalah mereka dan diberikan panduan dan celik akal.
Ibarat pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya..usia yg begitu muda ditimpa dugaan hidup yg sangat mencabar kewarasan minda untuk berfikir dengan rasional. Pukulan emosi yg sangat hebat untuk ditanggung oleh jiwa mereka dengan pelbagai kes yg mencabar tugas kaunselor untuk memberikan komitmen yg terbaik membantu pelajar mengurangkan depress mereka setiap kali pertemuan diatur dan seterusnya membimbing mereka untuk menangani  emosi depress atau stress. 

 

Telegram Channel