13 February 2014

Kes rayuan semula

Bila boss dari PPW Bangsar Pudu
Datang mengejut!

Perhimpunan pagi Khamis slot untuk kaunseling atau disiplin. Well hari ni turn disiplin berucap dan tiba tiba je guru bertugas datang ke arah saya meminta nama penuh en rohaidatul akmal selaku pegawai ubk di ppd bangsar pudu. Well bak kata ucapan pembuka en akmal lawatan mengejut! Topik penting yg ingin disampaikan tentang kes rayuan semula di sekolah ini yg mendapat ranking top three zon pudu. Dan pelajar dari luar juga yg mempunyai rekod disiplin rayuan semula pun ramai yg masuk ke sek ini. 

Bagi kes pelajar kategori ini..ia bermaksud pelajar yg telah dibuang sekolah biasanya atas kesalahan ponteng sekolah akan merayu semula untuk masuk ke sekolah. Sebelum rayuan diterima masuk oleh pejabat daerah maka laporan sesi kaunseling perlu dilampirkan. Pelajar akan menjalani sesi kaunseling dengan unit kaunseling di ppw bangsar pudu pula. Jika diterima masuk ke sekolah kembali, pelajar dibawah pemerhatian guru kaunseling untuk tempoh 6 bulan dan laporan akan dihantar ke unit kaunseling ppw bangsar pudu. Laporan merangkumi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pelajar dan dihantar sebelum atau pada 10 hb setiap bulan ke PPW. Dari pemerhatian guru kaunseling, pelajar yang terlibat dengan kes rayuan semula dari sekolah ini juga akan tinggi daya juang untuk menamatkan persekolahan manakala pelajar dari sekolah lain yang dibuang tidak dapat menyesuaikan diri dan akan dibuang sekali lagi apabila ditempatkan di sekolah ini. Begitu juga dengan pelajar yang tidak belajar selama setahun kerana dibuang sekolah agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan sistem persekolahan semula untuk bangun awal ke sekolah, menjalankan kerja sekolah dan menghadiri aktiviti kokurikulum. Selain dari sikap motivasi diri yang rendah mereka perlu sokongan yang kuat dari persekitaran iaitu kawan -kawan di dalam kelas yang memberi galakan dan guru -guru mata pelajaran yang boleh memberikan ransangan yang kuat kerana terlibat secara langsung dengan pelajar-pelajar tersebut.

 

Telegram Channel