6 February 2014

Mesyuarat Program Minda Sihat 1/2014

Hari ni ronda sekolah..
As a teacher on duty..

Hari ni meeting minda sihat bersama ajk klinik kesihatan cheras untuk membincangkan takwim program saringan minda sihat. Alahai  bila dapat tau kena buat gak untuk form 2. So kena cari date baru rabu depanla jawabnya.
12 feb - saringan minda sihat ting 2
19 feb - taklimat minda sihat sesi pagi
17 feb - taklimat minda sihat sesi petang
27 feb - mesy kedua minda sihat
Antara aktiviti yg akan dijalankan:
Bengkel minda sihat
1000 langkah di Tasik Permaisuri
Canopy walk di FRIM
Najmi bagitau yang tak sure bajet kewangan tahun ni. So tahun ni program on tapi tempat akan menggunakan dewan sekolah untuk ceramah dan bengkel. Manakala mana mana program yang memerlukan kewangan, ubk akan mencari peruntukan jika dana minda sihat pada tahun ini tidak dapat.
Yang menariknya hasil penambahbaikan dari komen saya tahun lepas sewaktu post mortem program minda sihat, maka pada tahun ini diwujudkan kaunselor psikologi di klinik setiap minggu keempat pada hari Rabu setiap bulan di bilik khas yang sesuai. Ini kerana pelajar sendiri tidak selesa mempunyai appointment tetiba dengan doktor dahla dalam bilik rawatan dan nurse keluar masuk.
Hasil komen saya tahun lepas juga, so tahun ni pelajar tidak dirujuk terus ke hukm tetapi kaunselor klinik akan merujuk ke pakar keluarga iaitu doktor norliza sendiri di klinik kesihatan cheras dan selebihnya intervensi dengan guru kaunseling.
Well penambahbaikan yg baik untuk klien yg terdiri dari student. Hari ni juga kami dikenalkan dengan AJK baru staf cara pulih kerja. Owh rupanya kerjaya cara pulih kerja ni meningkatkan keyakinan, cara bercakap, skill pelbagai! Staf ni kata mereka tak explore inner self cuma ajar  skill untuk klien berinteraksi dengan persekitaran.

 

Telegram Channel