5 February 2014

Strategi: Cepat..cepat ke sekolah!

After a long holiday
Welcome to school
And as a teacher on duty
For this week

Selepas bercuti lama, kembali ke sekolah semula. Hari ni memulakan strategi mengawal kadar lewat pelajar ke sekolah yang telah mencecah tahap melampau kerana sepanjang Januari lepas kedatangan pelajar lewat ke sekolah selepas 7.30 pagi mencecah dari 50 orang sehingga beratus.. satu angka yg menyebabkan meeting adhoc disiplin diadakan sebelum cuti raya Cina.

Hari ni kira kira 113 pelajar yang lewat dikumpulkan di dewan sekolah. Setiap pelajar diberikan borang hijau iaitu borang lewat dan pada hari ini pelajar tingkatan lima paling ramai yang lewat dengan jumlah 41 orang.  Pengetua memulakan operasi dengan memberikan taklimat khas mengenai operasi ini dan ingin mengenal pasti kekerapan muka pelajar yang datang lewat. Selepas itu guru kaunseling memberikan penjelasan mengenai operasi ini.

Mulai hari ini pelajar yang lewat akan diambil nama seawal melepasi pagar sekolah  dengan diselia oleh seorang pengawas dan direkodkan dalam satu borang khas yang lengkap dengan alasan pelajar datang lewat. Kemudian pelajar akan masuk ke dalam dewan dan membuat aktiviti . Pelajar akan diminta melengkapkan borang datang lewat dan guru kaunseling akan menandatangani borang tersebut.  Setelah itu spot check akan diadakan. Aktiviti ini akan dijalankan sepanjang Februari untuk melihat tahap keberkesanan operasi ini dengan aktiviti tertentu untuk kekerapan lewat yang ditentukan dan diselia oleh guru kaunseling dengan intervensi terancang.

Bagi jangka pendek dalam 7 hari ini, siapa yang datang lewat kali pertama akan diberikan taklimat operasi. Kes berulang lewat kali kedua akan diminta membuat karangan mengapa saya lewat hadir ke sekolah dan cara mengatasinya. Kes ketiga lewat akan diminta menjalankan kerja amal. Well let see the progress.
Sebelum ni pelajar yang lewat akan menulis nama di pondok pengawal. Banyak penipuan berlaku kerana pengawal tidak mengetahui pelajar telah menulis nama yang betul atau tidak. Kemudian pelajar terus menuju ke pejabat untuk mengambil borang datang lewat . Nama pelajar sekali lagi direkodkan dalam buku lewat pelajar dan kekerapan datang lewat boleh diketahui. Cuma masalahnya apabila pelajar tidak jujur dan tidak mengambil borang sudah tentu nama tidak direkodkan dan guru mata pelajaran juga ada yang tidak peka dan membiarkan sahaja pelajar masuk ke kelas tanpa borang datang lewat.





 

Telegram Channel