15 February 2014

Stress! Depress!

Salam Jumaat
Yang penuh berkat
Alhamdulillah
Syukur kpdMu Ya Allah

Setelah mengira skor Minda Sihat, ada yg mendapat skor teruk atau sangat teruk bagi tiga kategori stress, anxiety dan depress. Agihkan tugas  berdua dgn Padali dengan semua pelajar lelaki di bawahnya dan saya mengambil semua pelajar perempuan. 

Bermula semalam saya start menjalankan sesi mengikut keutamaan. Yang mendapat skor sangat teruk untuk depress dulu dan teruk. Setakat hari ni dah dapat jumpa tiga orang, then plus sesi kaunseling pelajar masalah disiplin dan yang datang secara sukarela ..wow..habis sesi kaunseling sahaja mesti rasa lapar..dahaga..baru perasan dah nak pukul 2 petang tak lunch lagi. 

Sesi kaunseling untuk dua hari ni pada pelajar bawah projek minda sihat yg mengalami depress yg serius. Semuanya disebabkan ahli keluarga. Apabila student bermasalah dengan ahli keluarga sendiri seperti ayah yang mendera, keluarga sendiri yang asyik menghina stres menjadi depress kerana setiap hari pelajar akan berdepan dengan ahli keluarga sendiri antara suka atau tidak. Menjalankan intervensi pada kes pelajar projek Minda Sihat memerlukan perjumpaan yang agak teratur untuk mengenal pasti tahap stres mereka masih di takuk lama atau mempunyai simptom yang membahayakan kesihatan dan nyawa mereka. 
 

Telegram Channel