25 March 2014

Permohonan Guru Cemerlang

Terapi air
Bukit Merah Lake Town

Mendapat mesej dari group degree kaunseling tentang permohonan guru cemerlang. Honestly sepanjang 14 tahun bekerja saya hanya menyerah dan berserah jika dicalonkan atau mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang atau bestari sehingga saya tidak pernah ambil kisah atau ada hati nak isi pelbagai jenis borang untuk permohanan guru cemerlang. Saya hanya mengandaikan saya tidak layak dan beranggapan bahawa title guru cemerlang seperti anugerah perkhidmatan cemerlang yg  pernah saya dapat 6 tahun lepas dimana saya dipilih oleh pihak sekolah dan kita mendapat insentif saguhati untuk anugerah tersebut dalam tahun itu. Well jika sekolah tidak mengusulkan untuk title guru cemerlang atau gc.. itu lebih baik diam. Tetapi motivasi meningkat bila 2 org guru kaunseling Zon Pudu yg lebih tua dari segi umur tapi pengalaman sebagai kaunselor lebih junior dari saya mendapat title gc tu..buat saya terfikir..why not this year cuba nasib? Mendapat galakan dari guru cemerlang sekolah Pn Sharin yg pernah menyuruh saya mengisi borang tersebut kerana dia merasakan saya layak adalah satu inspirasi yg bermakna. Selain dari tangga gaji yang menarik saya cuba untuk melihat di manakah kedudukan saya selama 14 tahun bekerja. Jika tercalon guru cemerlang adalah satu bonus dan jika tidak dapat dicalonkan sekurang kurangnya saya tau macam mana rupa borang tu dan kriteria yg dijadikan kayu ukur untuk anugerah tersebut. Peluang ini tidak bergolek ke kaki rupanya...kita yang kena berusaha untuk memohon borang tersebut dan selebihnya tunggu orang menilai hasil resume yg kita bentangkan. Hanya kita yg mengenalpasti inisiatif dan aktiviti yg kita sumbangkan dan inovasi yg dilakukan. Selama ini saya tunggu je..nantila..nantila..belum bersedia..malu sebab rasanya pengalaman belum cukup untuk dicalonkan. Tapi this year saya all out. Semua pertandingan atau pencalonan saya beranikan diri agar biar nazir datang..biar pemantau datang dan check everything yang saya buat so saya tau dimanakah kelemahan atau apa yg perlu dibuat untuk mantapkan karier saya dah berusia 14 tahun ni. Rasa takut ke..malu ke orang datang memantau saya tolak ketepi dah. Saya sangat berharap 2014 memberi makna baru dalam profesion perkhidmatan kaunseling dgn lebih profesional melalui kajian tindakan dan inovasi.
Well saya nak share surat siaran guru cemerlang..for the first time saya tengok.

1 comments

I am really grateful to the holder of this site who has shared this enormous
post at here.

 

Telegram Channel