22 March 2014

Majlis Kahwin My PRS batch 03/04

Tangisan teman
Di hujung talian
Semoga tabah dgn ujian
Segalanya hanya pinjaman
Hidup dengan kepura-puraan
Tamat sudah satu permainan
Tapi bukan penamat kekecewaan
Gagahlah diri melalui kesuraman
Bangkitlah dari angan angan
Jika hidup tak seindah impian  

Hari emosional dan empati di pagi hari then tgh hari penuhi jemputan undangan perkahwinan exstudent Adilla Mansor my student PRS yang aktif dan rapat dgn saya thn 2003 ke 2004 tak sure tahun tu. Dengan adik beradik dia juga ahli PRS lagila saya terpanggil utk memenuhi jemputan tersebut lebih lebih lagi bila dia sendiri mesej thru personal contact mobile. Semoga bertemu jodoh yang membahagiakan diri ..dirahmati..hingga sampai ke jannah.
 

Telegram Channel