26 March 2014

Pencalonan Guru Penyayang

Orang yang hebat
Ialah orang yang bersedih
Tapi masih mampu berusaha
Untuk membahagiakan orang lain
#motivasihotfm


UNDIAN ANUGERAH GURU PENYAYANG

Selaku penyelaras projek guru penyayang, saya memikirkan cara bagaimana ingin menarik dan meningkatkan motivasi guru dalam menjalankan tugas seharian di sekolah mengikut piawaian guru penyayang.  Di bawah projek guru penyayang ada tiga perkara yang menjadi tugas tambahan guru di sekolah iaitu sambutan mengalu-alukan kehadiran pelajar di sekolah bermula seawal sambutan pelajar di pintu pagar lagi, bertugas selaku mentor dalam perjumpaan sebulan sekali melalui modul yang dibekalkan dan menyambut perayaan dan sambutan hari lahir bersama pelajar. Selain itu ciri -ciri guru penyayang dalam mengajar juga dititikberatkan agar dapat menarik minat pelajar di dalam kelas dan seterusnya kehadiran pelajar ke sekolah adalah tinggi. 
Bagi tahun ini, saya bercadang memberikan pengiktirafan berdasarkan panitia mata pelajaran agar lebih ramai guru dapat sijil penghargaan. Selain dari itu anugerah mentor dan guru yang menyambut di pintu pagar juga dibuka untuk undian pelajar. Format adalah seperti borang di bawah. Berikut merupakan senarai pemenang:


Undian guru mata pelajaran mengikut kriteria berikut;
-          Suka cara guru mengajar
-          Selalu menerima senyuman dari guru
-          Sering dilayan dengan baik oleh guru
-          Guru suka memberikan pujian / penghargaaan
-           
Panitia mata pelajaran berikut mencatat  pencalonan guru penyayang tertinggi
Bagi Tingkatan 3, terdapat dua panitia berkongsi mata undian tertinggi. Panitia tersebut ialah:
Panitia Sains
Guru-guru panitia Sains Tingkatan 3 yang mendapat pencalonan pelajar ialah:
1)      Puan Salina Bt Mohd Isa
2)      Cik Hamizah Bt Md Aris
3)      Cik Aida Azlina Bt Ramli
Panitia Matematik
Guru-guru panitia Matematik Tingkatan 3 yang mendapat pencalonan pelajar ialah:
1)      Pn Farah Hanum Bt Ramly
2)      Pn Norhaniza Bt Abd Jamil
3)      Pn Norliza Borhan
4)      En Rahimi Abd Karim
Bagi Tingkatan 4, panitia Bahasa Melayu mencatat bilangan undian guru penyayang tertinggi.
 Guru yang mendapat undian ialah
1)      Puan Noraini Jamaluddin
2)      Pn Nor Haizad Bt Mohd Taharim
3)      Pn Noor Alamiyah Bt Zakaria
4)      Puan Norliza Rafie
5)      Pn Tipah Bt Ngah

Bagi Tingkatan 5, panitia Bahasa Inggeris mencatat bilangan undian guru penyayang tertinggi. Guru yang mendapat undian ialah
1)      Pn Lee Soo Heong
2)      Pn Noor Shaliza Bt Nasaruddin
3)      Pn Kogilam a/p Subramaniam
4)      Pn Zizawani Bt Fauzi

Bagi mata pelajaran elektif Ting 4 dan Ting 5, guru yang mendapat undian utama ialah
1)      En Ganesan a/l Vadivelu - Fizik
2)      Pn Chua Gek Imm - Matematik Tambahan
3)      Cik Jamaliah Azmira Karimah Bt Mohd Ali – Seni Lukis
4)      Pn Ratna Dewi a/p Gopalakrishna – Ekonomi Asas
5)      Encik Abdull Azis Bin Arbi – Seni Reka Tanda
6)      Pn Khairul Akhmar Bt Omar – Katering dan Penyajian
7)      Pn Nor Azlinda Bt Abdul Razak – Katering dan Penyajian


Bagi kategori mentor mantee guru penyayang
Pemenang guru penyayang kategori mentor dipilih berdasarkan  semua mantee memberikan respon sangat setuju kepada ciri berikut:
1)      Kami gembira setiap kali ada perjumpaaan mentor
2)      Perhubungan kami dalam suasana mesra dengan mentor
3)      Mentor merupakan rujukan apabila kami menghadapi masalah
4)      Mentor membantu kearah peningkatan sahsiah
5)      Mentor menghargai mantee

5V3 – Puan Lee Soo Heong
5K4 – Puan Jasbir Kaur a/p Karnail Singh & Puan Thahabian Bt Abdul Rahman
4S3 – En Ganesan a/l Vadivelu & Puan Norliza Borhan
3S – Puan Noor Amizah Bt Mat Hassan & Puan Aziyanti Bt Abu Khanipah

Bagi kategori mengalu –alukan kehadiran pelajar di pintu pagar sepanjang tahun lepas. Guru yang bertuah dalam projek guru penyayang ini ialah
1)      Puan Sharin Hanum Bt Ramli
2)      Puan Che Ma Rabitah Bt Haji Ali
3)      Puan Narinder Kaur a/p Peara Singh
4)      Puan Siti Amrah Bt Mohd Idris
5)      Puan Soraya Bt Abdul Rafar
6)      Puan Noor Aini Ibrahim


 

Telegram Channel