24 March 2014

#PrayForMH370 - SST KPM

Salam Subuh
Angin mendamaikan
Alor Pongsu
Bagan Serai, Perak.

Hari ni dah masuk hari ke 17  hilang flight MAS. Membaca luahan perasaan ahli keluarga amat memilukan hati dan perasaan...berdoa sahaja semoga dipermudahkan urusan dan kehilangan dapat dikesan. Saya hanya standby bila bila dipanggil oleh ketua Smart Support Team -KPM oleh boss. Ini kerana saya telah melalui kursus SST ni di Kedah pada tahun lepas bersama seramai 10 orang kaunselor dan merupakan ahli SST untuk JPWPKL dan bertindak selaku ketua SST untuk Zon Pudu. Sewaktu hari ke 5 lagi, team SST ni digerakkan kerana bapa seorang student dari Zon Bangsar merupakan pramugara bagi flight tersebut. Saya tak dapat join team ni pada ketika itu tapi alhamdulillah team dari Zon Bangsar dapat hadir ke rumah student tersebut bagi support emosi pelajar tersebut. 

 

Telegram Channel