28 March 2014

Projek Mentor Mantee Permata

Selamat pagi
Highway PLUS
Kajang-Kluang

Apabila boss baru call tanya pasal program mentor mantee permata so mengadapla dia face to face semalam dan bentang pasal program ni. Program permata mentor mantee ialah satu program di bawah kaunseling berfokus. Apabila pengetua Pn Sity Rohane sewaktu 2010 dulu minta agar cream of the cream student dijaga agar dapat membantu peningkatan keputusan akademik PMR dan SPM peringkat sekolah, saya hanya jadikan salah satu dari aktiviti kaunseling berfokus cemerlang ni iaitu projek mentor mantee permata. Projek ini memerlukan pelajar mempunyai mentor kaunseling untuk menjaga psikososial mereka dan mentor akademik yg terdiri dari guru mata pelajaran yg student belum memperolehi A dalam subjek tersebut. Dan saya gabungkan lagi projek keibubapaan UBK dengan memanggil ibu bapa projek mentor mantee permata ini untuk diberikan taklimat. Well pakej tiga dalam satu. Projek ini berjaya untuk sasaran akademik meningkat.
Ni paperwork sepanjang tahun untuk projek ini.

1.0       PENGENALAN
Program Mentor Mantee merupakan program yang julung kalinya dijalankan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar.Ia perlu dilaksanakan bagi mewujudkan satu suasana harmoni di kalangan  komuniti sekolah menengah khususnya antara guru dan pelajar. Kerjasama yang padu antara guru dan pelajar amat diharapkan untuk kejayaan program ini. Sistem mentor terdiri dari komponen sistem bimbingan di mana mentor bertindak sebagai seorang ibu/ bapa angkat yang sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar serta bimbingan berguna kepada sebilangan pelajar. Menerusi program ini, pelajar akan didampingi dengan lebih rapat oleh mentor mereka.

Mentor terdiri dari kalangan guru mata pelajaran yang dilantik untuk membimbing meningkatkan perkembangan potensi diri murid dalam mata pelajaran yang agak lemah. Manakala mantee terdiri dari pelajar yang telah dikenal pasti yang akan dibantu oleh mentor dalam proses diberikan bimbingan dan  sokongan secara profesional  untuk melonjakkan markah akademik pelajar dalam mata pelajaran.

Mentor juga terdiri dari kalangan guru bimbingan dan kaunseling agar pelajar dapat dibimbing untuk membina keyakinan yang teguh kepada setiap pelajar supaya dapat belajar dengan sempurna dalam suasana kekeluargaan. Pelajar juga digalakkan dan dipupuk perkembangan nilai-nilai murni dalam hidup pelajar dan diberikan bimbingan dan  sokongan secara profesional  yang memerlukan bantuan untuk pembangunan kendiri  seorang pelajar.

2.0       OBJEKTIF
1)    Mewujudkan budaya penyayang di kalangan guru dan murid dengan menerapkan sifat bertolak   ansur serta saling percaya mempercayai antara satu sama lain
2)    Agar pelajar berusaha mempertingkatkan prestasi akademik, disiplin dan kokurikulum.
3)    Pelajar dan guru bekerjasama untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam semua aspek.
4) Membimbing pelajar agar menjadi insan yang bertanggungjawab kepada diri, keluarga dan masyarakat.

3.0       SASARAN
            25 pelajar yang berpotensi cemerlang dalam PMR
25  pelajar berpotensi cemerlang dalam  SPM

4.0       TARIKH
            PMR : April – Oktober 2014
            SPM : April – November 2014

5.0       MATLAMAT
            Bagi keputusan SPM sebenar:
 Pelajar memperolehi maksimum semua A dan minimum 6A dan C bagi mata pelajaran lain

Bagi keputusan PMR sebenar:
Pelajar memperolehi maksimum semua A dan minimum 6A dan B bagi mata pelajaran lain
                       
6.0       AHLI JAWATANKUASA
            AJK Induk
            Pengerusi                 : Puan Hajah Kamariah Bt Abu
  Naib Pengerusi        : Encik Mohamed Jamil Bin Abdul Samad
            Setiausaha PMR      : Pn Nor Asyikin Ho Bt Abdullah
            Setiausaha SPM      : Puan Looi Li Eng
            Naib Setiausaha       : Pn Nurhaiza Bt Che Mat




7.0       TENTATIF PROGRAM UNTUK 2014
TARIKH
AKTIVITI

SASARAN
13- 22 Februari
Pemilihan mantee dan mentor oleh AJK
Pelajar cemerlang akademik Ting 3 dan Ting 5
28 Januari
Penetapan Matlamat PMR

Pelajar mantee permata
29 Januari

Penetapan Matlamat SPM
Pelajar mantee permata
1 April
Pengedaran surat jemputan kepada ibu-bapa mantee

Mantee
5 April
Perjumpaan dengan ibu bapa mantee

Pentadbir, PIBG, Ibu bapa
10 April
Taklimat kepada mentor terpilih

Mentor 
15 April - November
Perjumpaan mantee dengan mentor
Mentor dan mantee

15 April 2014
Lawatan ke IPT
Mantee Ting 5

7 Julai

Bengkel Motivasi
Mantee Ting 3 dan 5
23 September 2014
Pecutan Akhir PMR

Mantee Ting 3
15 Oktober 2014
Pecutan Akhir SPM

Mantee Ting 5
31 Oktober
Memulangkan kad laporan mentor mantee Ting 3 kepada penyelaras.
Mantee
5 November
Memulangkan kad laporan mentor mantee Ting 5 kepada penyelaras.
Mantee






Kepada:
_______________________

Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI TAKLIMAT PROGRAM MENTOR MANTEE

Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan/puan __________________________ terpilih untuk program mentor-mantee anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Program bertujuan untuk membimbing murid-murid yang berpotensi cemerlang untuk mencapai keputusan akademik yang lebih cemerlang.

2.         Pihak sekolah menjemput  ibu bapa untuk meluangkan masa hadir ke taklimat ini kerana hanya 50 pelajar SPM sahaja yang bertuah terlibat dengan program ini. Kerjasama dari ibu / bapa / penjaga untuk program ini sangat diperlukan. 

3.         Satu taklimat berkaitan program tersebut akan diadakan:
                        Tarikh : 5 April  2014
                        Masa  : 9.30 pagi
                        Tempat: Dewan SMK Cheras

4.         Segala pertanyaan dan maklumat lanjut , sila kemukakan kepada setiausaha program Pn Nurhaiza Bt Che Mat 012-2362046. Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

__________________________
(KAMARIAH BT ABU)
Pengetua SMK Cheras
Pengetua

_______________________________________________________________________________

Kepada          :
Puan Pengetua

JEMPUTAN MENDENGAR TAKLIMAT PROGRAM MENTOR MANTEE PERMATA
Merujuk kepada perkara di atas, saya ibu/bapa/penjaga _________________________
kepada _________________________________ dari Tingkatan ________
hadir/ tidak dapat hadir ke taklimat ini pada tarikh ____________.

Yang benar,

___________________________
(NAMA:                                              )
Nombor Telefon:















 

Telegram Channel