27 March 2014

Rehersal Anugerah Guru Penyayang

Ya betul cuti sekolah
Tapi datang sekolah
Time cuti sekolah
Memang biasa dah

Hari ni lari jap gi sekolah dari pukul 9 hingga 5 petang. Misi utama settlekan anugerah guru penyayang untuk hari Isnin ni yg mana akan run sepenuhnya oleh ahli PRS. So full rehersal kami jalankan dari skrip, seloka, cara bagi hadiah dan susunatur keseluruhan program.  Memang 100 persen run by my PRS. So apalagi memang kena berlatih bersungguh. Guru guru yg menang berdasarkan list entri blog saya semalam. Huhu guru kaunseling jer yg berkecuali dari diundi sebab kami tak mengajar dan bukan mentor..sambutan pagar lak memang kami penganjur. So memang semua kuota undi untuk semua guru kecuali guru kaunseling.
Setiap tahun sejak saya mewujudkan anugerah ini..pengerusi PRS sendiri yg akan menghadiahkan sijil dan hadiah kepada guru yang terpilih. Sebagai icon bahawa anugerah ini memang dari pelajar untuk guru. Duit saguhati untuk cenderamata pula kami minta duit dari PIBG untuk support duit hadiah iringan plus sijil. Saya happy bila tengok cikgu seronok bila hadiah ini diwujudkan dan pelajar bersorak bila nama guru kesayangan mereka diumumkan. Saya percaya semua guru mempunyai sifat guru penyayang cuma glamer atau tidaknya seorang guru di mata pelajar dan berkesan di hati mereka yg membuatkan guru tu terpilih untuk anugerah guru penyayang.
 

Telegram Channel