20 March 2014

Result SPM

Berat mata memandang
Berat bahu memikul
Berat kaki melangkah
Berat lagi nak mengalah.

Hari ni result SPM keluar.  Biasanya time nila saya memang rasa sakit tekak sbb saya akan bercakap..bercakap dan bercakap busy sebaik je student dpt result sampai ke malam dan bermain mesej dgn student. Peningkatan yg baik untuk sekolah sebanyak 0.2 dan seramai 3 orang mendapat straight A.
Di bawah boss yg baru ni..pengambilan sijil SPM dibuat secara teratur sedikit. Ada ucapan dari pengetua dan penyampaian slip peperiksaan kepada yg cemerlang oleh pengetua. Kemudian pelajar cemerlang Wai Chung menyampaikan ucapan terima kasih. Barulah pelajar berkumpul di hadapan kaunter kelas masing masing untuk mengambil result dan kemudian ke kaunter kaunselor.
Lepas dapat result apa lagi... sesi kaunseling diaktifkan :)

 

Telegram Channel