17 March 2014

Walimatul Urus Ahli JK Zon Pudu

Alhamdulillah..hujan!
Dari pagi ke petang
Semoga rendah IPU
Semoga berlalu jerebu

Hari ni majlis perkahwinan Ikin guru kaunseling dari SMK Dato Onn di Dewan Kolej Sebelas, Universiti Malaya. Saya cuba mencari masa untuk memenuhi jemputan ahli ahli guru kaunseling Zon Pudu ke sebarang majlis yg diundang. Maklumla jika ada mendapat undangan saya memang suka menghadiri apa sahaja undangan tetapi bila menjadi Pengerusi ni saya rasa jadi satu kewajipan pula mendahulukan majlis ahli guru kaunseling Zon Pudu. 

Di bawah jawatankuasa guru kaunseling Zon Pudu, naib setiausaha bertindak selaku AJK Kebajikan yg akan mengumpulkan nama ahli yg berkahwin, ahli yg sakit dan masuk wad, ahli yg kematian ahli keluarga terdekat, ahli yang mendapat anak pertama di Zon Pudu untuk diberikan sumbangan. Hasil kutipan dari sumbangan ikhlas guru kaunseling sendiri dan ada yang dari tabung kebajikan hasil sumbangan yg dikutip di awal tahun. So far cara ini memang mengeratkan silaturahim kami dan berjaya mengesan masalah ahli melalui rakan sekerja mereka atau meraikan ahli. 

 

Telegram Channel