31 March 2014

Kempen Guruku Terbilang Muridku Disayang: Anugerah Guru Penyayang

Hi Monday
After a lon g holiday
Today is my day

Kempen Guruku Terbilang Muridku Disayang yang dijalankan oleh UBK antara projek Guru Penyayang yg saya usahakan untuk memeriahkan program ini. Well done to all my PRS yang mengendalikan acara tersebut. Dari juruacara, penyampai hadiah, pemberian cenderamata, jurufoto, runner mencari guru,  Bangga dengan mereka yang dapat mengendalikan majlis ini dengan baik sehingga mendapat pujian pengetua dan of course tempias tu pada guru yang membimbing :).

Pada tahun ini pembahagian hadiah berdasarkan kepada panitia penyayang. Hasilnya panitia Sains dan Matematik bagi Ting 3. Panitia BM bagi Ting 4 dan panitia BI bagi Ting 5.

Bagi kategori Mentor Mantee, guru mentor yang terpilih berdasarkan kepada respon ke semua mantee  yang meletakkan amat setuju kepada penilaian mentor mereka. Hasilnya mentor 3S, 4S3, 5K4 dan 5V3 terpilih.

Pada tahun ni juga saya wujudkan pemenang kategori mengalu alukan kedatangan pelajar ke sekolah. Guru dipilih berdasarkan guru dari setiap rumah sukan yang bertugas.

Seronok tengok guru yang disorak menaiki pentas. Pengundian terbuka kepada semua guru kecuali guru guru kaunseling selaku penganjur program. Saya percaya setiap guru mempunyai ciri ciri guru penyayang tetapi bagi anugerah ni tentulah guru yg paling mendapat tempat di hati ramai pelajar!


 

Telegram Channel