11 April 2014

Latihan Kecemasan Kebakaran

5.15 pm
Punch out with headache

Hari ni punch card je...mcm mcm orang dtg approach . Maklumla tiga hari berkursus di luar.
Pagi ni ada latihan kecemasan kebakaran dan selaku setiausaha program keselamatan sekolah saya perlu menggerakkan AJK Kadet Bomba yang bertindak selaku penyelaras untuk latihan kecemasan kebakaran menjalankan latihan ini secara dalaman sebelum menjalankan latihan sebenar dengan pasukan bomba. Well latihan memakan masa 5 minit dan kami perlu berlatih seperti real..tapi kalau bomba sebenar datang memang gagal kami hari ni. Apa taknya seorang guru tak dapat dikesan dan para pelajar dari empat kelas tidak diketahui bilangannya kerana guru kelas tidak melapor. 

Hari ni juga merupakan hari mengumpul barang kitar semula. Sambutan dari sesi pagi agak baik berbanding sesi petang. Tapi apa yang penting kat sini ialah kesedaran pelajar mengumpul barang kitar semula.
 

Telegram Channel