6 April 2014

Program Mentor Mantee Permata 2014

Pukul 4.00 pagi
Bunyi printer memecah
Kesunyian malam..

Semalam too many task to be done! Persiapan Minggu HEM minggu depan selaku penyelaras program, meeting Majlis Makan Malam Jubli Emas untuk jualan amal meja makan, cari tajaan untuk karnival kaunseling zon hingga saya tak boleh nak duduk untuk settlekan program esok. Dalam hujan lebat mengangkut semua dokumen program mentor mantee untuk disiapkan dirumah dan inila hasilnya..menaip dan menaip dan terlena bila nak email sedar sedar dah 4 pagi. Apalagi bisingle printer print dokumen.
Bagi program permata tahun ni sepatutnya dijalankan pada Mac lepas tapi kami tangguhkan sbb tak sure nak bagi taklimat apa mengenai dasar PBSPMR. Well Sabtu sekolah ganti ni peluang yg kami ambil untuk perjumpaan ibu bapa dan guru. Pengetua juga ingin menyampaikan taklimat PBSPMR kepada semua ibu bapa pelajar Ting 3. Projek permata biasanya mendapat sambutan dari ibu bapa kerana syarat yg diletakkan agar ibu bapa hadir ke mesyuarat ini agar tidak digugurkan dlm projek ini. Kami terpaksa meletakkan syarat tersebut krn memang ramai yg ingin mengikuti projek ini tetapi pihak sekolah juga mahukan penglibatan ibu bapa agar usahasama adalah win win situation.
Orait sambung nanti kena g sekolah dah ! Maklumat lanjut refer entri blog 28 mac tentang paperwork mentor mantee permata ni..
Berjalan baik!
Seramai 45 org ibu bapa pelajar  terlibat dengan taklimat PBSPMR manakala untuk projek mentor mantee seramai 42  orang yang hadir. Mantee terpilih berdasarkan ranking 50 pelajar terbaik tingkatan 2 tahun lepas dan tingkatan 4 tahun lepas. Saya memohon jasa baik ibu bapa untuk memantau kad laporan mentor mantee yg diberikan kerana terdapat ruang untuk tandatangan mantee dengan ini kami boleh menyemak bahawa pelajar itu membuat tugasan atau berjumpa mentor.

Sebagai tugasan kepada semua mantee..sila pastikan 4 subjek yg lemah untuk mendapatkan bimbingan mentor dan masa yang boleh diadjust oleh mereka untuk pertemuan dgn mentor. Sebab pada minggu depan list nama mantee akan diatur untuk mentor. Pertemuan mentor akademik sebanyak dua kali sebulan dan mentor kaunseling sebanyak sebulan sekali.
Tahniah ye kpd semua yg terpilih

 

Telegram Channel