16 April 2014

Seminar Menangani Masalah Remaja

Around by policeman
I miss my father
So much

Hari ni seminar mengenai masalah jenayah dalam kalangan remaja. Seminar ini dijalankan di Maktab Polis Cheras memandangkan statistik remaja yang terlibat dengan jenayah dan salah laku semakin membimbangkan. Tambahan pula kes kematian remaja yang terlibat dengan kematian akibat dadah berlebihan sewaktu menghadiri konsert masih lagi menjadi perbualan umum. Pihak polis juga memberikan taklimat kepada peserta mengenai kesan dan hukuman kepada remaja yang terlibat dengan salah laku dari usia di bangku sekolah lagi.


Bagi seminar ini, setiap sekolah diminta membawa 2 hingga 4 orang pelajar  untuk mendengar sendiri taklimat yang disampaikan oleh pegawai polis agar dapat menjadikan pengajaran yang berguna. Selain itu peserta juga terdiri dari seorang guru disiplin dan seorang guru kaunseling dari setiap sekolah yang terpilih. Menarik juga apabila ceramah juga diselitkan oleh penceramah seorang doktor muda yang menerangkan kepada pelajar mengenai bahaya melibatkan diri dengan aktiviti seks di usia yang masih muda kerana terlibat dengan pengguguran haram, kematian bayi, pembunuhan dan sebagainya. Penceramah pandai menarik perhatian pelajar dengan ceramah yang mendekati remaja agar lebih peka dengan isu sensitif yang berlaku dalam masyarakat dan bagaimana kesan psikologi akan mempengaruhi remaja dan keluarga mereka akibat terlibat dengan aktiviti seks di usia muda. 

 

Telegram Channel