Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

31 July 2014

Sesi Kaunseling Kes Sumbang Mahram

If it is not important to you
You will find an excuse
If it is important to you
You will find a way


Satu kepuasan! Apabila masalah klien dapat ditangani dengan penyelesaian yang adil. 

Saya pernah masukkan dalam entri blog sebelum ini mengenai peranan kaunselor dengan kes polis. Cabaran menguruskan kes pelajar . Pelajar yang sangat ceria dan suka ketawa dan tersengih dan tiada sesiapa pun dapat meneka derita hidupnya. Guru mata pelajaran hairan kerana pelajar ini menjalankan sesi kaunseling dengan kerap dan berada lama di bilik kaunseling. Oleh kerana etika kaunseling, kes adalah sulit maka dengan sendirinya mengundang persoalan guru guru kerana pelajar ini tidak mempunyai masalah disiplin dan mempunyai sahsiah yang baik. Tidak kelihatan seperti orang yang menanggung derita kerana perwatakannya yang ceria. Saya cuma menyakinkan guru mata pelajaran bahawa pelajar memang mempunyai masalah dan bukannya mengambil peluang duduk di bilik kaunseling kerana tidak mahu masuk ke kelas kerana tidak siap kerja sekolah.

Selepas sesi kaunseling saya akan membiarkan dia rehat dan tertidur dalam bilik kaunseling selepas dia meluahkan cerita sambil menangis dan kelihatan lesu dan depress sekali. Kes sumbang mahram bukanlah sesuatu yang mudah untuk diambil tindakan serta merta. Berlatarbelakangkan keluarga yang berpecah belah, maka pelajar tersepit untuk bercerita dengan keluarga sendiri kerana tidak mempunyai saksi apatah lagi di rumah, dia sendiri tidak tahu kepada siapakah yang layak untuk dia mengadu. Derita ditanggung agak lama sewaktu di sekolah rendah, sehinggalah puncaknya apabila kakaknya sendiri dirogol maka ketika itulah pelajar tidak mampu menyimpan rasa. 

Tidak mudah untuk saya menyusun strategi. Ini kerana pengalaman pertama saya mengendalikan kes sumbang mahram sebelum ini, hingga akhirnya mangsa dimasukkan ke Rumah Kanak - Kanak Tengku Budriah. Tetapi sebulan dua sahaja, pelajar tersebut telah keluar semula dan tinggal bersama keluarga. Ini kerana pelajar menukar statement kerana tidak sanggup apabila ahli keluarga dipenjarakan apatah lagi jika si ibu juga tidak memberikan kerjasama yang baik. Ditambah dengan tiada saksi, maka sukar untuk di dakwa. Sejak itu, apabila mengendalikan kes sumbang mahram sahaja...saya tidak mahu kes yang sama berulang lagi. 

Saya terpaksa menyakinkan pelajar ini bahawa jika dia tidak mahu bekerjasama dengan saya, saya tidak dapat membantunya malah kakaknya pula menjadi mangsa. Sesi kaunseling kali kedua dengannya, memberinya keyakinan untuk memujuk kakaknya mendakwa pakcik mereka. Memandangkan kakaknya sudah berumur lebih 18 tahun, maka sukar untuk mendakwa pakcik mereka kerana tiada saksi walaupun kakaknya telah membuat laporan polis. Lagipun kakaknya telah diperdayakan dengan pil khayal oleh pakciknya sendiri dan tidak dapat mengingati langsung kronologi cerita yang berlaku sebelum dirogol. Kakaknya juga tidak dapat mengesahkan kepada pihak polis yang memang dia dirogol oleh pakciknya kerana apa yang dia sedar dia hanya keluar makan bersama pakciknya dan tiba tiba apabila dia terjaga dia sudah dirogol di tempat lain. Jadi saya terpaksa berbincang dengan kakaknya yang mana saya rasa kes mereka berdua ini akan lebih kuat untuk mendakwa pakciknya jika pakej kes adiknya juga dilaporkan. Maka saya fokus kepada pelajar saya, untuk bercerita dengan pihak polis juga tentang kes lama yang berlaku dan percubaan dicabul dalam tahun tahun selepas itu. Lebih lebih lagi pelajar saya yang masih di bawah umur, dan di bawah akta hak kanak kanak maka penyiasatan dan pendakwaan akan lebih berat dan memudahkan. Walaubagaimanapun, dengan syarat pelajar ini perlu konsisten dan tidak menukar pengakuan. Disinilah cabaran hebat kerana pelajar perlu dibimbing mengingati memori lama yang memberikan krisis emosi yang hebat kepada mereka. Terutama sekali untuk mengingati susunan kronologi peristiwa yang berlaku umpama peristiwa itu tengah berlaku! Tidak mudah bukan...empaty apabila air mata lebih banyak bercerita sebelum dapat meneruskan ayat demi ayat. Selepas membantu pelajar mengingati kronologi cerita beserta tarikh, tempat dan masa yang betul yang memakan masa sehari juga, saya akan mendrafkannya di atas kertas dan meminta pelajar mengingati kronologi itu agar tidak gugup di hadapan pegawai polis atau tiba tiba menukar pernyataan apabila berhadapan dengan kaum keluarga. Setelah memastikan lapran sesi kaunseling saya juga lengkap, statement dari kakak dan pelajar tersebut juga tiada alasan yang meragukan maka mereka telah membuat laporan polis. 


Saya juga bekerjasama dengan tunang kakaknya untuk melindungi keselamatan mereka sepanjang tempoh penyiasatan dijalankan. Kedua adik beradik ini tidak mahu bekerjasama dengan bapa mereka sendiri yang dianggap mengabaikan hidup mereka sejak berkahwin cerai....kahwin cerai. Memandangkan kakaknya bukan lagi taraf kanak-kanak, maka kakaknya boleh membuat aduan polis secara rasmi tanpa perlu ditemani oleh ahli keluarga malah boleh menemani adiknya untuk membantu siasatan. Saya juga dipanggil ke balai polis untuk memberi kenyataan dan kini pengadilan di pihak mereka!

Akhirnya dengan kerjasama dan plan yang dirancang, pakciknya telah ditahan ke lokap dan saya dimaklumkan bahawa pakciknya telah mengaku bersalah dan akan dipenjarakan. Peristiwa yang benar-benar mengejutkan bapa dan ibu tirinya. Bapa datang ke bilik kaunseling menzahirkan perasaan sayang pada anak -anaknya dan tidak menyangka anak-anaknya melalui pengalaman yang sukar. Ini kerana bapa jenis sibuk bekerja dan sering outstation dan meminta bantuan saudara sendiri untuk tinggal bersama. Ia membuka peluang kepada perbuatan yang tidak disangka - sangka. Satu tragedi yang membuatkan hubungan anak dan bapa lebih baik dari sebelum ini....inilah harapan saya terhadap anak - anak ini.

2 comments:

Kamariani Suati said...

aslm..terima kasih kerana share ilmu yg sgt bermanfaat ini. sya ingin bertanya..sekiranya kes berlaku dikalangan adik beradik hanya kerana terikut-ikut dengan aksi lucah melalui video yang ditonton..mereka boleh menyebut istilah rogol tetapi tidak memahami bahawa perbuatan meniru aksi tersebut adalah salah. Mereka menyedari bahawa perbuatan tersebut adalah salah apabila hal ini terdedah & di ketahui oleh ibu bapa mereka.
Dlm kes ini sbg kaunselor apa yang perlu puan lakukan ?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam

Mulanya saya perlu mengetahui adik beradik ini dalam lingkungan umur berapa. Saya andaikan mereka ini adalah murid sekolah rendah yang memang tidak faham dengan istilah rogol walupun boleh menyebutnya. Sebagai kaunselor , kita akan menjalankan aktiviti dengan murid ini seperti art theraphy iaitu memberikan lukisan gambar kepada murid ini dan membuat body mapping. Murid ini akan memegang krayon kerana crayon is the best tool untuk meransang mereka sambil bercerita. Sebagai kaunselor kita akan membimbing murid ini meneroka setiap anggota body mapping ini dan di part part seksual, kita akan membimbing mereka mengenai anggota -anggota badan yang tidak boleh disentuh atau dilihat oleh orang lain kecuali diri sendiri dan bimbing mereka untuk menceritakan kepada orang dewasa jika sesiapa pun menyentuhnya.Mereka akan diberi bimbingan dalam bentuk penceritaan sebab dan akibatnya. Adakalanya kita boleh juga menggunakan play theraphy menggunakan anak patung sama ada anak patung lelaki atau perempuan sambil bercerita untuk memberikan murid -murid bawah umur ini kefahaman yang jelas.

Di part ibu bapa sendiri, kaunselor akan mengadakan konsultasi keibubapaan bagaimana mengendalikan anak yang berlainan jantina supaya ada batasan pergaulan antara mereka dan ibu bapa sendiri perlu bekerjasama dalam membantu memberikan sokongan agar anak bawah umur mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk.