Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

23 May 2014

Day 2: Kursus Pemantapan Profesionalisme MGK WPKL

Happy birthday Rozi
Just nice after Nana
Make it compulsary!
To remember

Pagi ni mesyuarat terlebih dulu. Kami lebih berbincang mengenai fail SPSK yang khusus untuk Wilayah Pudu dan Bangsar. Selain itu mengenai isu psikometrik untuk PT3. Inventori Personaliti akan dibuat kepada pelajar tetapi keputusan tidak dimasukkan di dalam PT3 dan ibu bapa boleh mendapatkan maklumat dari guru kaunseling. Bagi Inventori Minat Kerjaya pula keputusan akan dipaparkan ke dalam slip PT3 dan keputusan IMK kesahannya untuk PT3 sahaja. Ini kerana minat kerjaya akan berubah bergantung kepada perubahan persekitaran dan faktor lain apabila usia semakin meningkat.

Kes histeria yang semakin menjadi di Kuala Lumpur merupakan satu isu yang dipandang berat oleh pihak KPM. Maka satu skuad perlu ditubuhkan untuk menangani histeria. Jawatankuasa guru kaunseling mempunyai skuad SST yang perlu digerakkan untuk menangani kes histeria juga. Pihak JPWP akan mengeluarkan surat lantikan untuk memudahkan AJK terlibat keluar bila - bila masa apabila dipanggil. Sebagai ketua SST Zon Pudu saya kena peka setiap masa untuk menghubungi anak buah bila bila yang diperlukan.

Pada sebelah petang seminar literasi undang undang yang disampaikan oleh wakil guru disiplin. Yang menariknya mengenai literasi ini ialah guru memang perlu berhati-hati menjalankan tugas dan keputusan buang sekolah atas arahan pengetua sahaja dan guru tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya untuk menjatuhkan hukuman buang sekolah. Isu menarik juga apabila pelajar yang berpakaian atau mempunyai rambut yang melanggar peraturan sekolah tidak boleh dihalau balik begitu sahaja kerana jika sesuatu yang berlaku sewaktu mereka dalam perjalanan pulang boleh memudaratkan mereka. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini maka pihak sekolah boleh dipersalahkan. 

Then akhir sekali slot belajar urutan untuk mengurangkan stres. Huhuhuhu memang best!!

Petang acara jalan -jalan je apalagi peluang yang diberikan berjalan ke bandar Melaka untuk window shopping dapatla rembat baju tema hitam putih untuk Majlis Makan Malam Jubli Emas. Rasanya kalau masih di KL. tiada masa nak pergi tengok baju tema dah. 



No comments: