Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

26 May 2014

Haikal Jefri : Sumbangan

Emosi yg mendung
Hati yg sarat resah
Berita tak henti mengunjung
Yg sedih sedih sahajakah?

Tragedi berlaku di pagi Jumaat lepas sekelip mata student saya Haikal menjadi yatim piatu. Ketika itu saya berada di Melaka..mesej demi mesej diterima. Gambar yang mengerikan mengenai kemalangan ibu bapanya yang meninggal dunia akibat digilis oleh lori. Sekolah tengah rancak membuat persiapan Majlis Makan Malam Jubli Emas dan tragedi yang berlaku memang mengejutkan kerana peristiwa ini mendapat perhatian meluas dan bantuan demi bantuan ingin disalurkan datang mencurah-curah. Saya terkedu mendengar berita kemalangan ini. Jawatankuasa Kebajikan di bawah projek Guru Penyayang aktif mengumpul sumbangan untuk diserahkan oleh pihak sekolah kepada waris mangsa



Haikal merupakan ahli PRS. Tetapi di tingkatan 4 ni, Haikal tidak begitu aktif kerana sukar untuk stayback kerana jarak rumahnya yang jauh dari sekolah. Saya sendiri yang menguruskan pertukaran pelajar ini pada bulan Mac tetapi apabila pakej mata pelajaran Perdagangan dan Seni tiada di sana tetapi ditawarkan Perdagangan dengan Ekonomi Asas atau Seni dengan Tasawwur Islam pelajar membatalkan niat untuk bertukar. Pelajar kerap datang lewat jadi sebagai guru yang bertugas untuk pelajar yang datang lewat kami memang kerap berjumpa. Haikal kaya dengan senyuman. Saya tidak dapat membayangkan kesedihannya sewaktu berita diterima. The reason hari Jumaat saya asyik bermesej dan tak lekang di tangan walau tgh bermesyuarat, berseminar atau berjalan di bandar Melaka. Isu kemalangan dan mengurus Majlis Makan Malam Jubli Emas. Tidur malam di Melaka terganggu memikirkan pelbagai isu di sekolah. 

Hari ini baru saya berkesempatan untuk update cerita Haikal. Murah rezeki adik beradik yatim piatu ni. Sewaktu Majlis Makan Malam Jubli Emas, sekolah melancarkan tabung sumbangan untuk mereka dan membuka akaun khas atas nama PIBG SMK Cheras untuk mereka. Perasmi majlis ketika itu Datuk Syed Ali berjanji menyumbangkan 10k dan Menteri WPKL juga berjanji menyumbangkan 10k. Kutipan tunai sahaja sehingga entri ini dipos ialah 20k. Saya cuba menghubunginya dan terdengar suaranya membuatkan hati saya pula yang sebak. Nada suara yang ok dia memaklumkan akan ke KL malam ni dan jika berkesempatan barulah ke sekolah esok dan akan mohon bertukar ke SMK Alam Damai bagi memudahkan urusan pergi balik. Ya Allah permudahkanlah urusan adik beradik ini dan semoga mereka kuat dan tabah mengharungi hidup baru.

 
Gambar yang dipos ke laman sosial pada pagi kematian ibu bapa mereka
Penyampaian sumbangan guru, pelajar dan orang ramai dari AJK Kebajikan kepada PK HEM

No comments: