Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

28 May 2014

Jamuan hari guru mentor mantee

I don't care how much i eat
Enjoy meal morning till noon

Hari ini merupakan hari jamuan antara mentor mantee sempena sambutan Hari Guru. Nampak macam sambutan hari guru yang biasa diadakan di sekolah lain tapi tidak bagi kami. Dah hampir tiga tahun sambutan hari guru dibuat secara berasingan iaitu sesi pagi bagi sesi pagi manakala sesi petang untuk sesi petang.  Jamuan guru bersama pelajar juga dah lama tidak diadakan sehingga saya sendiri tak ingat bila kali terakhir kami mengadakan jamuan Hari Guru bersama pelajar. Oleh itu saya sangat berharap agar pada tahun ini impian ini menjadi kenyataan di bawah projek mentor mantee Guru Penyayang. Saya cuba mengadakan projek ini pada Hari Guru 16 Mei yang lepas tetapi saya frust...memang frust bila ada suara suara yang tidak bersetuju kerana pelbagai kekangan . Akhirnya saya serahkan agenda seterusnya kepada pengerusi Kelab Guru untuk berbincang sendiri dengan pengetua dan diuruskan sendiri oleh AJK Kelab Guru. Tup..tup..tup sehari sebelum sambutan Hari Guru,  rupa-rupanya projek ini di bawah saya semula dan saya perlu mengatur pergerakan guru dan pelajar yang berkongsi kelas bagi semua sesi pagi dan petang. Orait tolak tepi rasa bengang dan atur sahajalah kelas kelas yang ada...kerja last minit yang saya tak gemar tapi saya buat dengan keadaan seronok kerana idea saya akhirnya diterima. Bagi melicinkan pergerakan pelajar dan guru, maka blok C dikhaskan untuk pelajar sesi petang manakala blok A dan D untuk sesi pagi sahaja. Saya sangat berpuas hati kerana hasrat untuk menjadikan jamuan guru bersama pelajar menjadi kenyataan!




No comments: