Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

28 May 2014

Lawatan Ke Rumah Haikal Jefri


Sebagai guru sebagai ibu
Hatiku tersentuh pilu

Saya cuba mencari masa untuk lari ke rumah Haikal sempena cuti sekolah ini. Saya ajak beberapa geng PRS yang rapat dengannya untuk ke rumah Haikal. Kami bawa kad ucapan semangat yang ditulis oleh senior PRS   Ting 5 dan PRS Ting 4. Sempat membelikan Al Quran sebagai cenderamata perpisahan kerana dia telah memaklumkan kepada saya untuk bertukar sekolah. Seawal 11.30 pagi tiba di rumah mmg ramai orang di dalam rumah tersebut dan saya mengalah duduk di luar. Pelbagai agensi silih berganti datang. Saya meminta student menunggu di luar dan saya menyelit ke dalam. Memang mudah bila kita seorang sahaja yg hadir. Mendengar luahan rasa pakcik dan makcik yg agak stress dengan publisiti yg diberikan dan pelbagai isu akaun palsu. Memang murah rezeki mereka dengan pelbagai bantuan datang. 

Berdasarkan pakciknya saya difahamkan yang  ada akaun atas nama makciknya, atas nama bikers, atas nama fatin adik haikal yg diwujudkan oleh smk alam damai. Pihak sekolah smk cheras dengan pibg smk cheras dan akaun di sekolah rendah juga ada. Pakciknya bercadang mewujudkan tabung amanah untuk 15 tahun kerana hingga adiknya yg masih kecil mencecah 18 tahun. Esok satu majlis tahlil perdana akan diadakan di masjid dan segala sumbangan boleh disalurkan ketika itu. Dan isu mengenai pelbagai akaun yg diwujudkan oleh orang luar dan akaun palsu akan dinyatakan. Pihak keluarga akan menyatakan nombor akaun yg boleh digunakan oleh orang awam. Makcik Haikal kelihatan letih kerana kurang rehat. Sambil menunggu Haikal saya mendukung adik bongsunya yg mula meragam dan mendodoikannya hingga terlena di pangkuan saya. Tersentuh hati apabila makciknya memaklumkan yang adik itu mudah terlena jika didodoi di riba kerana arwah sering menidurkan anak dgn cara begitu....

Hampir 2 jam menungu Haikal saya bertolak ke sekolah menguruskan surat dan dokumen perpindahan Haikal kerana Haikal meminta saya menunggunya di rumah tapi terlalu byk urusannya di luar. Ye..saya faham keadaannya. Sudah alang alang dia kesana kemari mengurus dokumen kami pun berjanji untuk berjumpa di sekolah sahaja kerana saya tidak mahu dia rushing ke sana sini lagi. Saya cuba mengurus dokumen yg diperlukan. Saya juga busy menjawab mengenai status akaun di mesej pelbagai group dan pihak sekolah pun dah seharian berdering dering panggilan yang masuk. Saya berharap Haikal dan keluarganya mendapat semula ketenangan selepas cuti sekolah ini kerana tentu sahaja cabaran dan penyesuaian di alam persekolahan tanpa ibu bapa adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.



Adik bongsu Haikal
Anak ketiga, keempat dan kelima keluarga Haikal
Kenangan bersama Haikal dan adiknya bersama ahli PRS Tingkatan 4
Ahli PRS Ting 4 dan 5 membuat kad ucapan perpisahan untuk Haikal

No comments: