Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

25 May 2014

Majlis Makan Malam Jubli Emas SMKC

Wake up with eyebeg
Like panda eyes..ahaks!!

Berakhirla minggu yg memenatkan, kurang tidur dan kurang rehat. So masa nak update kisah malam tadi. Seawal pukul 5.30 petang dah sampai sekolah. Masuk je dewan alahai plan yang dirancang begitu baik dah jadi lain. Apabila persiapan tempat diubah saat saat akhir maka AJK Usher, AJK Tagging Tempat, AJK Doorgift dan AJK Makanan akan terlibat sama. Perghhhh...

Pukul 6.30 petang barula dapat menyelit keluar dewan untuk bersama Alumni 1993 batch sekolah. Apalagi kami berposing keliling sekolah nostalgia geng momentum hahaha branding klik kami. Tempat wajib di kolam sebelah surau. Kolam tu dibina oleh kami ahli persatuan sains dan matematik 1993. Tapak kolam yang asal yang menjadi kebanggaan kami. Pukul 7.30 malam apalagi saya pun terus ke dewan semula dan bermulalah perangai saya yang ke hulu hilir pastikan berjalan lancar. Sebagai AJK Jualan Tiket sahaja secara teknikal saya dah boleh duduk diam dan menikmati makanan sahaja. Tetapi sebagai AJK Jualan Tiket, tetamu yang membeli tiket dari saya lebih senang untuk berurusan dahulu dengan saya dan saya perlu memastikan tempat duduk mereka adalah betul oleh AJK Usher. Yang paling pening kepala dan otak perlu berputar ligat apabila terdapat salah faham. Satu syarikat membeli satu meja emas dan membuat sumbangan tunai. Tetapi kakitangan yang hadir dari syarikat tersebut hampir 14 orang yang mana tidak cukup la 8 tempat duduk meja emas tu. Huhu.. sempat lagi kena marah senyum jela maklumlah tetamu sedangkan saya sendiri tak pasti dengan siapa syarikat ini berurusan. Meja emas ialah meja dengan harga yang paling tinggi untuk majlis makan malam ini. Buat muka tebal tanya pada pembeli meja emas yang lain sama ada seat mereka kosong atau masih menunggu orang lain datang. Alhamdulillah dipermudahkan memang cukup cukup je bilangan tetamu yang tak hadir di meja emas pembeli lain dengan bilangan yang tidak cukup seat syarikat tadi. Tu belum lagi yang ada dua tiket seat tapi bawa anak - anak untuk meja gangsa. Of course makan tempat duduk orang lain. Perkara yang menarik untuk dibincangkan ketika post mortem nanti.

Sebagai AJK merangkap ahli Alumni keseronokan Majlis Makan Malam ini sebagai sesuatu yang sukar diungkap. Bersama -sama bekas rakan sekelas mengimbas memori lama dan bersama dengan guru -guru yang pernah mengajar kami memang menyeronokkan. Tamat je majlis pukul 10.30 malam saya masih lagi menghabiskan masa berbual-bual di luar dewan sehingga 11.30 malam. Yeah..penat memang penat bila drive semula ke Kajang dan tersedar minggu ni tak cukup tidur dan rehat. Penat yang berbaloi apabila AJK berjaya saling membantu untuk membantu kelancaran majlis.




Di hadapan makmal Sains 


Klik momentum batch 1993
Sempat pakai lencana Cap Kunci ni dulu
Pengasas pembinaan kolam ikan 1993


No comments: