11 June 2014

Travel to Borobudur-Gunung Merapi- Prambanan, Indonesia

Morning!
Yogyakarta.

Selamat pagi. Pukul 3.30 pagi waktu Yogya dah kena bangun dan bersiap untuk ke Candi Borobudur di wilayah Magellang. Perjalanan sejauh sejam perjalanan. Kami sampai seawal pukul 5.00 pagi di Hotel Manohara. Terdapat surau untuk bersolat Subuh sebelum naik ke Borobudur. Masuk Borobudur melalui Manohara bayaran agak mahal kerana jalan yang paling pintas untuk ke Borobudur. Kami dikehendaki memakai kain warna kuning dan disarungkan untuk pekerja Manohara membezakan pelancong umum dengan pelancong melalui Hotel Manohara kerana boleh turun dari Borobudur melalui tangga khas jalan pintas ke hotel dan pakej sarapan pagi dan doorgift berupa selendang. Wah cuaca tak memihak kepada kami kerana matahari naik tak seindah seperti yg kami idamkan. Kabus menutupi cahaya matahari dan menjejaskan panorama superb tapi subhanallah yg ada ni pun memang terpegun cantik apalagi jika kabus tidak menutupinya. Berada tiga jam di atas Borobudur memang mengujakan untuk berposing dengan senibina yang mengkagumkan dan panorama sunrise dan gunung ganang.Pukul 8 pagi kami bersarapan di Hotel Manohara bukan heavy breakfast hanya dua jenis kuih dan satu kopi atau teh. Keluar dari sini kami terus ke restoran Manohara .





 








Dari Hotel Manohara, kami makan tengah hari di restoran umpama wakaf di atas air. Perjalanan ke Gunung Merapi makan masa 45 minit pula. Sampai je kami ambil pakej menaiki jeep dengan bayaran 400,000 rupiah untuk ke tempat tempat berikut:

Start je enjin jeep tu dah pegang kuat kuat. Memang perghh terhentak hentak je. Pemandangan berdebu saujana mata memandang dan lori keluar masuk korek tanah. Kami diterangkan satu satu mengenai pergerakan lahar dan satu ketika dahulu laluan sungai yg mengalir dan pemandangan yg menghijau telah menjadi kering kontang dan berdebu. Driver jeep ni bernama Catur dia menerangkan mengenai rumahnya yang telah musnah dan sekarang duduk di rumah yang dibantu kerajaan. 

Stesen pertama kami ialah kubur penjaga gunung berapi. Sewaktu gunung Merapi meletus dia tidak berganjak dari rumahnya dan menjadi korban bersama seorang wartawan yang juga bersama sama dengannya. Sebaik je sampai di kubur Bah Marijan itu, hujan turun dengan selebat lebatnya. Terima kasih kepada baju travel ala ala baju hujan dan baju sejuk huhu mmg sgt berguna takdala nak lencun sangat. Kami berteduh sebentar dan ke kubur tersebut.Selepas itu kami menaiki jeep dan meneruskan perjalanan ke Batu Alien iaitu batu yg menyerupai alien. Pemandangan di sini memang cantik dari atas bila pandang ke arah bawah. Dah ada org berniaga t shirt, CD dan buku mengenai Gunung Merapi.Kemudian ke stesen seterusnya ke kubu yg dibina untuk melindungi diri dari lahar Gunung Merapi iaitu banker. Catur kata ada dua orang yg meninggal dalam kubu ini sewaktu gunung Merapi meletus menunjukkan kubu ni tidak tahan untuk melindungi diri. Di sebelah kubu ini ada orang menjual bunga abadi dan buku serta CD gunung merapi juga. Rupanya ibu dan kakak Catur yg menjual disini apalagi kami merembat bunga abadi buat kenangan. Saya beli dua jambak dengan harga 70 ribu rupiah teringat kat anak dara saya di rumah mesti seronok jadi flower girl masa majlis kahwin makcik dia nanti. Toilet mudah didapati hampir semua stesen ada toilet dengan kadar 1 atau 2 ribu rupiah. 
Stesen seterusnya ke ......... cari lubang yg masih mengeluarkan asap kerana kepanasan lahar gunung berapi. Saya difahamkan rumput rumput ditanam di sini agar dapat menghijaukan alam sekitar.
Stesen seterusnya ke Muzium Gunung Merapi. Nama je macam muzium tapi sebenarnya rumah penduduk yg telah musnah. Barang barang yg telah terkena lahar di pamerkan juga di situ. Disini ada disediakan tabung untuk para dermawan.
Balik semula ke stesen pertama kami singgah di masjid Nur Iman yang dibiayai oleh Brunei. Sayangnya tempat ni memang sunyi betul dan macam tiada penjaga. 













Prambanan
Balik dari Gunung Merapi kami terus singgah ke Candi Prambanan. Sekali lagi kami perlu memakai sarung dan diikat di pinggang untuk memakai kain sarung tersebut. Prambanan ini merupakan tapak warisan UNESCO. Ia terdiri dari beberapa kuil. Beberapa kuil yang terjejas dengan kejadian gempa bumi menyebabkan ia ditutup untuk proses pemulihan. Kemudian kami menikmati makan malam di Restoran berhampiran. Menikmati meehon goreng yg berupa suhun yang sedap. Pukul 7.00 malam kami bergerak ke Ramayana Ballet Dance Performance di Teater Terbuka. Datang awal dapatla bergambar dengan pelakon yang ada di hadapan ruang masuk teater. Kami mengambil tiket kelas satu yang berharga rm50. Tiket kelas satu ni masih lagi di hadapan cuma di belakang sedikit dari kelas VIP. Kerusinya batu. Kalau tiket rm75 berada di tengah dan ada kusyen untuk duduk walau di kerusi batu. Yg tiket vip rm100 tempat duduknya segalanya berkusyen dan dapat doorgift. Persembahan dua jam dari 7.30 malam hingga 9.30 malam. Persembahan menarik tapi sejam pertama sahaja saya boleh fokus dan sejam berikutnya saya dah start mengantuk. Badan dah sakit duduk kat kerusi batu...so apalagi pandang sebelah kerusi rm75 tu punyalah banyak yang kosong maka kami pun bergeraklah ke kerusi batu yg berkusyen tempat duduknya..huhuhu.
Habis je persembahan kami terus ke hotel











 

Telegram Channel