29 June 2014

Nafas Baru Bermula Ramadhan

Salam Ramadhan
Semoga hati kuat melaluinya..

Nafas Baru Bermula Ramadhan adalah aktiviti tahunan yang dijalankan oleh UBK. Program ini menggalakkan agar semua warga sekolah cuba berhenti merokok melalui pendekatan bulan puasa. Ini kerana apabila orang yang merokok itu cuba menahan diri dari merokok selama hampir 14 jam maknanya orang itu sudah melatih diri menahan dirinya dari merokok dan membuatkan diri lebih sihat. Jadi dalam masa sebulan seseorang itu sudah boleh membiasakan diri menahan ketagih merokok dan seterusnya perlahan lahan menghentikan tabiat merokok. Banner dipasang oleh pembekal pada hari minggu sempena pelancarannya esok.
 

Telegram Channel