22 June 2014

Penanda Aras Akademik SMK Dangar, Pasir Mas, Kelantan.


Meet my belangkas : Jawahir Abdullah
2005 - 2009: UBK SMK Cheras

Hari ini saya ke SMK Dangar, Pasir Mas tempat bekas rakan sekerja saya Jawahir Abdullah suatu ketika dulu di SMKC. Dia dah bertukar ke Kelantan. Lama tak jumpa memang menggamit memori lama. 

Di sekolah ini kami diberikan penerangan mengenai kejayaan yang dicapai di sekolah ini diperingkat kebangsaan kerana berjaya melonjakkan GPA mereka dalam SPM. Sebagai balasan kami perlu berkongsi kejayaan kami dalam VLE Frog dan perkhidmatan kaunseling, koperasi sekolah dan bilik pusat sumber sekolah. The best bila Jawahir still ingat my fav food Kelantan iaitu nasi dagang ikan tongkol....dan menu kami untuk sarapan pagi itu ialah nasi dagang, pulut kuning dan macam macam pula yang dijamu. 

Kemudian kami berpeluang melawat kawasan sekitar sekolah iaitu di perpustakaan. Menariknya disini ialah landskap yg sangat menarik pemandangan saujana mata memandang sawah padinya apabila kita pandang keluar dari tingkap perpustakaan itu.  Kemudian barulah ke bilik kaunseling. 

Terharu dengan sambutan di sini sangat mengalu-alukan tetamu. Terima kasih Ja semoga kita berjumpa lagi. 










 

Telegram Channel