Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

22 June 2014

Penanda Aras Koperasi SMK Kota, Kota Bharu

Tak terkata..
Mesej ringkas dari nazir:
Mohon bersedia untuk pemantauan GC UBK 48
Pada 24 Jun 2014. Semoga berjaya.

Tak terkata dan tidak keruan ayat yang tepat untuk menggambarkan perasaan apabila menerima mesej di atas. Punya lama senyap saya ingatkan saya tidak layak untuk dipantau pun tetapi apabila menerima mesej tersebut saya terus tak keruan sebab hari Selasa ni sahaja bermakna lagi 2 hari. Tak sangka secepat itu jika dimaklumkan terus nak pantau. Saya belum start buat homework apa yang patut. Alhamdulillah syukur sekurang-kurangnya tersenarai untuk dipantau. 

Well terus terang saya cakap saya tak dapat nak fokus sangat taklimat mengenai kejayaan koperasi sekolah ini yang mendapat untung mencecah RM 800k setahun. The best reason kenapa sekolah ini menjadi benchmark kami kerana sekolah ini memenangi kejayaan hingga ke peringkat kebangsaan. Mempunyai pelbagai aktiviti yang wow! menjana pendapatan hingga mengupah 8 orang pekerja luar untuk menguruskan koperasi mereka. Dari jualan makanan hingga ke jualan kain baju dan pelbagai lagi perkhidmatan. Kena google sendiri ye nama sekolah ni Koperasi SMK Kota, Kota Bharu, Kelantan untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Sekolah ini dekat sangat dengan Wakaf Che Yeh.  Ada dua koperasi iaitu koperasi dalam sekolah dan satu lagi sangat strategik iaitu di tepi jalan raya berhampiran sekolah.

Sekolah ini juga mendapat peruntukan untuk tukar wajah koperasi mereka seperti sekolah kami dan kesempatan yang ada kami gunakan untuk meninjau dengan lebih dekat bagaimana mereka menukar wajah koperasi mereka dengan hiasan dalaman sehebat pasaraya.




No comments: