14 June 2014

Bye Yogyakarta


Terima kasih Yogyakarta
Kota yang kaya budaya
Warga yang ramah bahasanya

Pagi seawal pukul 7.00 pagi dah cari breakfast. Alhamdulillah memang ada pulak warung bakso bukak pagi pagi. Memang rezeki. Actually pagi ni memang kepala dah rasa sakit sangat maybe angin. Last makan malam merangkap lunch di tepi pantai indrayani yang tak berapa boleh telan makanannya. Bila dapat telan je bakso panas dengan harga 10000 rupiah dan air limau nipis panas dengan harga 4000 rupiah memang rasa segar semula. Kami try tempe penyet juga memandangkan aroma bau yg perghh memang sedap sekali mkn macam fries KFC atau fries McD tu je. Harga pun cuma 5000 rupiah untuk dua orang makan. Time makan memang byk pengemis menadah tangan. Ada jugak band yg rajin bermain muzik dan meminta bayaran untuk muzik mereka tak kira tua muda masing masing dengan cara sendiri.

Pukul 8.30 pagi tahan teksi dengan bayaran 70 000 rupiah dari Jalan Malioboro ke lapangan terbang Adisutjipto. Okey driver teksi tak pakai meter pun pakai lisan je 70 000 rupiah tu so saya assume harga teksi maybe murah lagi untuk 45 minit perjalanan tu. 

Sampai je di airport, seawal nak masuk pintu masuk airport lagi pasport dah kena check dengan tiket. Orait memang jem dgn orang pula. Dah check in tunggu jela sambil bersila di lantai memandangkn seat tak padan dgn bilangan orang. Nak jln jln keluar leceh kena lalu guard lagi. So cuci mata di kedai dalam airport je. Nak lalu ke pos cop tiket kena lalu pos kastam mereka byr tax 100000 dulu. Then lalu pos cop pasport. Orait kat beg nak kena scan ni air kena buangla pulak. Tunggu je dalam balai menunggu.
11.45 flight berlepas kami tiba di Kuala Lumpur pada pukul 3.15 petang. Akhirnya naik bas ke Bdr Tasik Selatan dan kereta ke Kajang sampai rumah dah pukul 7.20 malam.  On whats app jer dah kena cakap pasal kerja  ...kerja...kerja!
Gerai gerai macam ni banyak kelihatan di kaki lima
Bakso ayam
 

Telegram Channel