28 June 2014

Sukan 2014 : Perdana Johan!!!!

Yeah! Perdana johan
Beza 8 mata yg bermakna!

Akhirnya...hari ni guru guru Perdana tak senang duduk memandangkan mata rumah sukan semakin menghampiri. Seawal 6.40 pagi saya dah berada di sekolah untuk make sure semua ahli rumah perbarisan tip top persiapannya. Tengah bersiap...saya perasan tak cukup sorang..perghh ..bila diberitahu yg ahli kawad tu tak masuk kawad sebab diberi amaran oleh guru rumah sukan pihak lawan yang jika atlit masuk perbarisan maka perbarisan dibatalkan penyertaan!! Sabar jela. .. padahal ketua rumah tak maklumkan apa pun tentang syarat tu which is hampir semua rumah sukan ada atlit yg terlibat dalam perbarisan. Well.. melilaula cari sorang lagi wakil. Mujur jumpa. 

Guru Perdana dan Waja berdebar debar setiap kali acara berjalan kerana markah naik turun bersaing sesama kami. Tapi akhirnya...Perdana johan sukan 2014 dan naib johan perbarisan rumah Perdana. Olahragawati juga dibolot oleh ahli rumah Perdana. Menambahkan keseronokan di hati apabila acara pegawai dijalankan iaitu acara lumba jalan kaki bagi acara 5 x 50 meter maka merasa dapat nombor 3. huhuhu merasalah pingat yg dikalungkan atas pelantar penerima pingat sukan tu..maklumlah sejak kecil pasif sukan dan yang penting acara lumba jalan kaki. Kalo acara lumba lari.. sampai hujung nyawa tak merasa kot pingat tu.
 

Telegram Channel