6 July 2014

Bacaan Yaasin Hari Jumaat

Alhamdulillah
Ramadan ke 7

Hari ni nak sentuh topik penghayatan sahsiah pelajar. Sejak boss baru masuk, nilai utama beliau pada penghayatan sahsiah. Bagi pelajar sesi pagi pada hari Jumaat,  bacaan Yaasin dari surau dialihkan ke dewan sekolah agar pelajar melangkah masuk sahaja ke sekolah akan terus ke dewan untuk membaca Yaasin. Manakala pelajar Moral akan ke tapak perhimpunan untuk sesi ceramah pemantapan sahsiah.
Begitu juga dengan sesi petang. Selama ini bacaan Yaasin untuk pelajar sesi petang tidak diadakan. Tapi kini jadual pemantapan sahsiah untuk bacaan Yaasin dan ceramah Moral bagi pelajar sesi petang dimasukkan ke dalam jadual rasmi sekolah setiap hari Jumaat.

 

Telegram Channel