Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

29 June 2014

Kursus Kepimpinan Pengawas

Hari ceria si kecil Farhan
Bila ibu datang meneman
Ke temasya sukan tahunan
Run....farhan...run ..run..run

Nak update cerita pasal hari Khamis lepas. Oleh kerana terlalu ramai cikgu yang tiada di sekolah kerana kursus PT3 dan serentak dengan majlis APC JPWPKL maka saya berpecah dengan Padali. Saya handle program di dewan dan Padali ke Agrotek. Seramai 74 pengawas yang terlibat ke kursus kepimpinan pengawas di Agrotek Hulu Langat. Program ini melibatkan kursus pengawas dan slot ceramah untuk kepimpinan pengawas dan kursus berhalangan untuk slot team building. Tempat ini sangat cantik dan mempunyai kolam air sungai yang sesuai untuk aktiviti. Pelajar hanya perlu membayar RM 30 dari RM 75 yang diperuntukkan untuk seorang pelajar. Kawasan obstacle tidak berada di dalam kawasan Agrotek ini dan para pelajar perlu berjalan kaki keluar dari Agrotek untuk ke tempat obstacle. 

Tamat obstacle, pelajar tidak melepaskan peluang untuk bersantai mandi manda di kolam Agrotek sebelum menikmati makan tengah hari dan bertolak pulang .



No comments: